Subscribe Us

Cara Keluarkan Getah Timun Untuk Hilangkan Pahit, Rasa Tambah Enak


Timun antara makanan ulaman utama dalam menu harian kita. Rasa timun akan menjadi lebih enak dan sedap dimakan jika kandungan getah pahit di dalamnya dikeluarkan terlebih dahulu tetapi bagaimana caranya?  Sangat mudah. Ikuti teknik berikut di bawah.


Seorang wanita yang berasal dari New Orleans, telah berkongsi video mengenai teknik mudah bagaimana cara untuk memaksa getah timun pahit supaya keluar tanpa membuang mana-mana bahagian timun tersebut yang telah dilihat sebanyak sejuta kali.  Berikut teknik yang betul yang ditunjukkan oleh wanita tersebut. [Lihat video di bawah]




  • Potong sebahagian kecil bahagian hujung timun.
  • Kemudian gogok antara dua bahagian timun itu tadi dengan gerakan putaran berkali-kali sehingga zat putih seperti susu getah berbuih mula keluar dari badan timun dan berkumpul di luar.
  • Lakukan gosokan selama mungkin sehingga bahan putih seperti susu getah putih itu berhenti keluar.  Bahan putih yang keluar seperti keju itu mengandungi rasa pahit dalam timun. Selesai.

Timun mengandungi sebatian yang disebut cucurbitacin, yang menyebabkan rasa pahit, biasanya di hujung atau dekat dengan kulit.  Kebiasaan orang membuang kulit timun untuk menghilangkan rasa pahit tetapi kulit menyimpan sebahagian besar nutrien sayuran.


Oleh itu untuk menghilangkan rasa pahit tanpa mengupas kulitnya, lakukan cara seperti di atas, iaitu dengan mengosokkan kedua bahagian yang dipotong sehingga susu getah timun itu berhenti keluar.

Catat Ulasan

0 Ulasan