Subscribe Us

Pemandu di Mumbai Sering Bunyikan Hon Kuat, Penyelesaiannya Sangat Kreatif dan Ia Berkesan

Suasana bising dan bingit akibat pemandu-pemandu kenderaan membunyikan hon terlalu kuat di hentian lampu isyarat memang cukup menjengkelkan dan amat mengganggu pengguna-pengguna yang lain.

Polis Mumbai telah membuat strategi yang bijak dengan mengubah suai sistem lampu trafik, caranya setkan masa dengan mengekalkan sistem lampu isyarat yang minimum, jika bunyi hon kereta melebihi 85 decibel, tempoh masa isyarat lampu merah secara automatik akan bertambah.


Satu bilboard disediakan berhampiran lampu isyarat dengan paparan ayat amaran, 'Honk more, wait more',.  Akhirnya strategi tersebut berjaya mengawal bunyi hon kenderaan dan keadaan menjadi aman dan tiada lagi masalah bunyi hon kuat.

Catat Ulasan

1 Ulasan

cikguzim berkata…
Mcm2 cerita zaman skrg ek