Suasana bising dan bingit
akibat pemandu-pemandu kenderaan membunyikan hon terlalu kuat di hentian lampu
isyarat memang cukup menjengkelkan dan amat mengganggu pengguna-pengguna yang
lain.
Polis Mumbai telah membuat strategi yang bijak dengan mengubah suai sistem lampu trafik, caranya setkan masa dengan mengekalkan sistem lampu isyarat yang minimum, jika bunyi hon kereta melebihi 85 decibel, tempoh masa isyarat lampu merah secara automatik akan bertambah.
Satu bilboard disediakan berhampiran lampu isyarat dengan paparan ayat amaran, 'Honk
more, wait more',. Akhirnya strategi
tersebut berjaya mengawal bunyi hon kenderaan dan keadaan menjadi aman dan
tiada lagi masalah bunyi hon kuat.
1 Comments