Subscribe Us

Pelari India Mengatasi Rekod Dunia Usain Bolt, Saksikan Video

Seorang pekerja pembinaan dari India didakwa telah mengatasi rekod dunia 100 meter milik Usain Bolt semasa beraksi dalam acara kambala bersama dua ekor kerbau.

Srinivasa Gowda, 28, dari Karntaka, India barat daya, telah mengambil bahagian dalam acara Kambala dimana mereka berlari di sawah padi dengan jarak lebih dari 100 meter sambil memegang dua ekor kerbau, apabila masa yang dicatatkan telah mengatasi masa Bolt.



Pada tahun 2009 kejohanan Olympian catatan rasmi Usin Bolt ialah 9.58 saat, tetapi Gowda dilaporkan mencatat masa 9.55 saat pada jarak 100 meter pertama.

Secara keseluruhannya, pekerja pembinaan itu mencatat masa 13.62 saat untuk jarak 142.4 meter.
Berikutan prestasinya, yang disaksikan beratus-ratus penonton, Encik Gowda akan dipanggil untuk ujian nasional.
Beliau memberitahu Asia News International: 'Orang sedang membandingkan saya dengan Usain Bolt. Dia juara dunia, saya hanya berlari di sawah padi yang becak.

Post a Comment

0 Comments