Subscribe Us

Gelilah, Pekerja Proses Kaki Ayam Guna Mulut!?

Pekerja-pekerja sebuah kilang memproses ayam didapati menggunakan MULUT mereka untuk melepaskan tulang dari kaki ayam sebelum menjualnya kepada orang ramai di Thailand

Pekerja-pekerja kilang tersebut telah dirakam menggunakan kamera semasa memproses kaki ayam menggunakan mulut mereka untuk mengeluarkan tulang dari kaki ayam sebelum menjualnya kepada pelanggan.  Rakaman ini dilakukan oleh pegawai kebersihan yang melawat kilang Nong Khai, timur laut Thailand.

Pegawai-pegawai kesihatan berdiri berhampiran untuk melihat sendiri bagaimana mereka memasukkan kaki ayam ke mulut dan mula merobeknya dengan gigi dan meludah ke tanah.
Pemilik kilang Nongluck Payakphrom menjelaskan bahawa menggunakan playar untuk mengeluarkan kaki ayam adalah lambat, ia memerlukan masa lima minit untuk menyelesaikan satu kaki ayam,  pelanggannya tidak menyukai stoknya sampai lewat.

Akhirnya pemilik kilang tersebut diarahkan untuk mengubah kaedah pemrosesan kaki ayam dengan cara yang sesuai dan lebih bersih. Pemilik kilang akur dengan arahan tersebut.
Watcharapong Homwutthiwong, seorang doktor gigi dari jabatan kesihatan awam negara, berkata ia berbahaya bagi pekerja menggunakan mulutnya kerana ada beberapa penyakit yang boleh berjangkit.  Beliau berkata, 'Terdapat beberapa penyakit yang boleh menular melalui air liur termasuk influenza, herpes atau bahkan berbahaya seperti hepatitis A dan B.'



Kedai atau restoran di Thailand, kaki ayam biasanya dimasak sop, atau digoreng rangup menjadi makanan ringan dan sebagai perencah dalam mi goreng.

Kilang ini menjual lebih dari 400-500 kilogram kaki ayam kepada pelanggan di seluruh Asia setiap hari. [dailymail]

Catat Ulasan

1 Ulasan

nohas berkata…
kwn ada cakap, dim sum kaki ayam di Thailand takde tulang, mcm ni rupanya depa buang tulang..hahaha..gelinya..