Pekerja-pekerja sebuah kilang memproses ayam
didapati menggunakan MULUT mereka untuk melepaskan tulang dari kaki ayam
sebelum menjualnya kepada orang ramai di Thailand
Pekerja-pekerja kilang
tersebut telah dirakam menggunakan kamera semasa memproses kaki ayam menggunakan
mulut mereka untuk mengeluarkan tulang dari kaki ayam sebelum menjualnya kepada
pelanggan. Rakaman ini dilakukan oleh
pegawai kebersihan yang melawat kilang Nong Khai, timur laut Thailand.
Pegawai-pegawai kesihatan
berdiri berhampiran untuk melihat sendiri bagaimana mereka memasukkan kaki ayam
ke mulut dan mula merobeknya dengan gigi dan meludah ke tanah.
Pemilik kilang Nongluck
Payakphrom menjelaskan bahawa menggunakan playar untuk mengeluarkan kaki ayam
adalah lambat, ia memerlukan masa lima minit untuk menyelesaikan satu kaki
ayam, pelanggannya tidak menyukai stoknya
sampai lewat.
Akhirnya pemilik kilang
tersebut diarahkan untuk mengubah kaedah pemrosesan kaki ayam dengan cara yang
sesuai dan lebih bersih. Pemilik kilang akur dengan arahan tersebut.
Watcharapong Homwutthiwong,
seorang doktor gigi dari jabatan kesihatan awam negara, berkata ia berbahaya
bagi pekerja menggunakan mulutnya kerana ada beberapa penyakit yang boleh
berjangkit. Beliau berkata, 'Terdapat
beberapa penyakit yang boleh menular melalui air liur termasuk influenza,
herpes atau bahkan berbahaya seperti hepatitis A dan B.'
Kedai atau restoran di Thailand, kaki ayam biasanya dimasak sop, atau digoreng rangup menjadi makanan ringan dan sebagai perencah dalam mi goreng.
Kilang ini menjual lebih dari
400-500 kilogram kaki ayam kepada pelanggan di seluruh Asia setiap hari. [dailymail]
1 Comments