Subscribe Us

China Isytihar Perang Coronavirus Ke Setiap Rumah, Yang Disyaki MANDATORI Ditempatkan di Kem Kuarantin

Kerajaan pusat China mengerah pegawai keselamatan Wuhan menjalankan pemeriksaan kesihatan dari pintu ke pintu untuk mengenal pasti pembawa wabak berpotensi yang perlu diasingkan.  Mereka yang disyaki mempunyai tanda-tanda terjangkit wabak coronavirus yang bersembunyi di dalam rumah ditahan dan dipaksa dengan keras (mandatori) untuk dirawat di kem-kem kuarantin.

Kerajaan China mengarahkan pegawai-pegawai berkenaan di semua peringkat mengambil langkah segera dengan lebih aktif dalam menghadapi perang coronavirus, jika tidak, negara akan menghadapi sejarah hitam yang memalukan buat selamanya.

Bandar Wuhan mempunyai kira-kira 14 juta penduduk, tetapi masih tidak diketahui berapa ramai orang yang akan dikuarantin atau di mana mereka akan ditempatkan.


Pegawai Wuhan kini menjalankan pemeriksaan kesihatan dari rumah ke rumah untuk mengenal pasti pembawa wabak berpotensi yang perlu diasingkan.

Vice Premier, Cik Sun mahu empat jenis orang di Wuhan dimasukkan ke dalam pengasingan mandatori di stesen kuarantin: kes yang disahkan, kes yang disyaki, orang yang mempunyai hubungan rapat dengan pesakit yang dijangkiti, dan mereka yang menghidap demam.
Video menunjukkan orang-orang yang disyaki dijangkiti coronavirus ditarik secara paksa dari rumah mereka ke kem kuarantin.  Rakaman itu diambil di Wuhan, selepas Naib Perdana Menteri China Sun Chunlan menyeru 'perang coronavirus ' terhadap wabak itu.
Sehingga hari ini lebih daripada 800 orang terbunuh oleh virus dan 35000 di seluruh dunia telah dijangkiti. [dailymail.co.uk]

Catat Ulasan

0 Ulasan