Subscribe Us

Restoran Baung Power Bukit Gambir, Baung Asam Pedas, Asam Rebus, Lemak Cili Api



 
Ikan Baung ternyata sangat digemari masyarakat kerana serat isinya yang sangat lembut, rasanya gurih, dan harganya juga mampu milik.  Antara lain ikan baung juga dapat mencegah penyakit Anoreksia, iaitu sejenis penyakit hilang selera makan.


Satu-satunya restoran di Muo [Tangkak] yang menghidangkan masakan ikan baung pada setiap hari ialah Restoran Baung Power terletak di Pekan Bukit Gambir, kira-kira 35 minit dari bando Muo, 1 jam dari Segamat, dan hanya 10 minit dari Tol Bukit Gambir.  Anda yang datang dari Jb atau KL, exit di Tol Bukit Gambir, kemudian teruskan perjalanan ke Pekan Bukit Gambir yang hanya mengambil masa 10 minit saja untuk sampai ke restoran ini.




Restoran Baung Power diusahakan oleh Encik Abd Kadir Abd Latif, anak jati Bukit Gambir bersama keluarganya.  Sebelum memulakan perniagaannya di Bukit Gambir, En Abd Kadir telah menjalankan perniagaannya ini di Durian Condong.  Kemudian barulah berpindah ke lot kedai No 16, jalan Perdagangan, Bukit Gambir pada tahun 2014.


Menu istimewa restoran ini pastinya ikan baung.  Ada tiga rasa masakan baung, iaitu Baung Asam Pedas, Baung Asam Rebus dan Baung Masak Lemak Cili Api.

 Baung Asam Pedas
 Baung Asam Rebus
Baung Masak Lemak Cili Api

Ketiga-tiga jenis menu ini menjadi pilihan utama para pelanggan yang datang berkunjung ke restoran ini kerana serat dagingnya yang sangat lembut, rasanya gurih, kuahnya pula diolah begitu sedap cukup semua rasa ada, dan harganya juga amat berpatutan.  Selain itu, mengapa ikan baung restoran ini sangat sedap kerana ia merupakan ikan asli Sungai Pahang yang diperoleh melalui pembekal tetapnya dari Pekan Pahang.


Selain menu ikan baung, restoran ini juga menyediakan pelbagai jenis menu pilihan lain yang tidak kurang hebatnya untuk hidangan makan pagi dan makan tengah hari.




Restoran Baung Power dibuka pada setiap hari Ahad hingga Jumaat, dari jam 9.00 pagi hingga 4.00petang, kedai ini ditutup pada hari Sabtu.  Anda boleh menghubungi pemilik restoran ini, 0197730096 atau 0175996900.


Restoran ini sedia menerima tempahan untuk majlis kenduri-kendara dan sebagainya, tetapi anda perlu membuat tempahan lebih awal jika berhajat.

Restoran Baung Power


Pekan Bukit Gambir


Habitat Ikan Baung

Ikan Baung merupakan sejenis ikan air tawar yang semakin popular dan mendapat permintaan yang tinggi di negara kita. Ikan dari keluarga Bagridae ini juga tergolong dalam ikan air tawar yang menjadi hidangan istimewa mengikut resepi untuk masakan.


Ikan baung habitatnya di sungai dan banyak didapati Johor, Perak, Pahang dan banyak sungai-sungai lain yang masih belum tercemar. Ikan ini berukuran diantara 12-15 cm panjang purata berat antara 300gm-5kg, tetapi ada juga dilaporkan ikan baung ini boleh mencapai sehingga 20kg tetapi jarang ditemui.


Khasiat Ikan Baung

1. Ikan baung dapat mencegah penyakit Anoreksia, yaitu penyakit yang menyerang nafsu makan atau tiada selera makan.

2. Sebagai ubat penstabil mood

3. Mempengaruhi kadar hormon pada tubuh terutama hormon  perempuan dan hormon laki -laki.

4. Protein yang ada pada ikan Baung dapat digunakan untuk membangun sistem kekebalan tubuh.  Tubuh anda akan memiliki resistensi untuk melawan rasa sakit akibat racun, bakteria, mahupun virus yang menyerang tubuh.


5. Protein ikan juga berfungsi menjaga keseimbangan asam dan alkali dalam tubuh, mengatur PH tubuh, namun fungsi utama dari protein ini adalah sebagai zat pembentuk massa otot pada tubuh.

6. Asam lemak omega-3 yang ada pada ikan baung dapat membantu menjaga kulit dan rambut tetap tampak sihat dan halus.

7. Kandungan protein pada haiwan pastinya memiliki lemak, sama ada lemak jahat: LDL atau lemak baik:HDL.  Ikan baung ternyata mengandungi lemak baik HDL, amat diperlukan oleh tubuh, walaupun kita makannya dengan jumlah yang banyak. 

Catat Ulasan

2 Ulasan

Warisan Petani berkata…
Sedap3 menu ikan baung
Vicky Cahyagi berkata…
Kunjungan perdana ke blog menarik ini. Kalau di Indonesia, sepertinya mirip ikan patin ya. Benar-benar menggugah selera. Oh ya, saya followed blog ini ya. Thx