Penduduk Baghdad dikejutkan
dengan munculnya salji buat pertama kalinya lebih dari satu dekad. Salji yang terakhir dirakam di Baghdad adalah
pada tahun 2008, tetapi sangat tipis dan sementara dan kebanyakannya sekadar lembapan
salji saja. Sebelum ini baghdad tidak pernah mengalami salji selama
berabad-abad sehinggalah ke hari ini apabila ibu negara itu menyaksikan hamparan salji
di kebanyakan kawasan.
Salji akan berterusan sehingga
Rabu memandangkan cuaca yang sangat sejuk, 'kata Amer al-Jaberi dari Pusat Meteorologi
Iraq, berikutan aliran gelombang sejuk telah datang dari Eropah.
Salji biasanya lebih kerap berlaku di
utara Iraq, di mana salji meliputi bandar yang dilanda perang di Mosul, tetapi
di baghdad dan wilayah Selatan hanya menerima hujan, tiada salji.
Penduduk Baghdad sudah biasa
dengan cuacaa panas, dengan rekod suhu sehingga 124F (51C) dan sejak beberapa
tahun kebelakangan ini baghdad sering mengalami perubahan cuaca tidak menentu .
Pada tahun 2018, Iraq mengalami
kekurangan air sehingga mencetuskan
krisis kesihatan di bahagian tengah dan selatan, pada tahun berikutnya, berlaku hujan lebat
menyebabkan banjir maut dan kerosakan teruk memusnahkan rumah dan tanaman. [Tanda akhir zaman]
0 Comments