Pembukaan Tahun 2020 dunia diuji dengan pelbagai
bencana dan malapetaka, bermula dengan tragedi kebakaran di Australia, gempa
bumi di Indonesia dan Turki, letusan gunung berapi Taal di Filipina, Cuaca ekstrim suhu
sehingga negatif 40 celcius di negara-negara Eropah, banjir dan salji tebal di
beberapa negara termasuk British dan Indonesia, terbaru serangan coronavirus China yang
mematikan menular ke seluruh dunia, dan kini di Afrika Timur pula berlaku
serangan mengejut ratusan juta belalang telah memusnahkan tanah dan ladang pertanian di Somalia dan Ethiopia.
Apa yang lebih mengejutkan skala wabak serangan
belalang tahun ini adalah yang paling teruk di Kenya dalam tempoh 70 tahun di mana
beratus-ratus juta belalang memusnahkan keseluruhan tanaman petani yang berkemungkinan
terdedah dengan kelaparan dahsyat.
Apabila hujan tiba pada bulan
Mac, bermulanya kehidupan tumbuh-tumbuhan baru di seluruh rantau ini, maka bilangan
belalang akan lagi cepat berkembang dan boleh meningkat 500 kali ganda sebelum cuaca
kering pada bulan Jun, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Belalang berwarna merah ini akan
berubah warna merah jambu, berpaut pada cabang pokok sebelum berlepas ke udara.
0 Comments