Kemunculan hantu di kawasan
kejiranan bukan lagi satu masalah kerana terdapat individu yang berupaya untuk
menghalau hantu atau jin tersebut.
Pakar Tangkap Jin, Sa’ad
Jafar, 47, mendakwa boleh menghentikan gangguan hantu tanpa perlu berada di
tempat kejadian. Menurut Sa’ad,
khidmatnya tidak memerlukan dia berada di lokasi gangguan hantu sebaliknya dia
hanya melakukan perkara itu dari pusat rawatannya sahaja.
“Segala rawatan kita hanya
akan berkomunikasi melalui WhatsApp sahaja, tidak perlu berjumpa kerana
semuanya kita buat pada jarak jauh. Setakat ini yang jauh di Dubai, India,”
katanya kepada FMT. Menurut Sa’ad, kisah
mistik bukan perkara baru, namun terpulang kepada setiap individu sama ada
ingin mempercayainya atau tidak.
“Kalau yang Islam tak mahu
percaya, ramai sahaja orang India yang dapatkan perkhidmatan saya dan akhirnya
mereka tidak di ganggu lagi,” katanya lagi.
Menceritakan pengalaman
bagaimana Sa’ad mendapat pelanggan berbangsa India, dia menceritakan tentang
promosi yang dibuat pada keretanya sejak 2015 dengan menampal stiker di setiap
bahagian kereta.
Pada stiker tersebut, ia
mempunyai lambang hantu berwarna putih dan bermata hitam yang telah
dipenjarakan.
“Ada satu ketika saya tengah
memandu, tiba-tiba saya ditahan orang India, saya ingatkan mereka nak pukul
saya, rupanya mereka nak tahu bagaimana caranya untuk halau jin yang selalu
mengganggu keluarga mereka. Dari situlah saya mendapat ramai pelanggan dalam
kalangan orang India,” katanya lagi.
Sa’ad merupakan seorang
kakitangan awam yang bekerja pada sebelah siang, dan memulakan rawatan pada
waktu malam sahaja. Dia bersama seorang
lagi rakannya Mohd Azmin Adam, 49 yang merupakan anak muridnya, menceburi
bidang ini bagi tujuan membantu pesakit yang sering di ganggu jin dan hantu,
malah ia berterusan sehingga menjadikan pesakit sentiasa hidup dalam ketakutan.
“Saya tahu perasan apabila
diganggu, kita akan jadi tidak tidur lena, setiap malam seperti mimpi negeri
sehingga ada yang trauma sebaik sahaja hari memasuki waktu tengah malam kerana
kebiasaannya gangguan akan dibuat pada sekitar waktu tersebut. “Sebab itulah saya akhirnya belajar dan
berniat untuk membantu mereka sehingga pulih menerusi rawatan iLahana iaitu rawatan
dari jarak jauh,” katanya. Bagaimanapun
jelas Sa’ad lagi, pekerjaan ini bukanlah menjadi sasarannya pada peringkat
permulaan.
Katanya, dia hanya mencari
tempat untuk mengubati penyakitnya, namun akhirnya berazam ingin mengubati
pesakit lain yang pernah mengalami nasib sepertinya dulu.
Ketika ditanya tentang
“tagline” “First In The World” yang digunakan, Sa’ad menceritakan yang tiada
pakar lain mampu membuat seperti apa yang dilakukannya.
“Saya guna ‘tagline’ itu
kerana memang saya satu-satunya di dunia menangkap jin walaupun dari jauh.
Pekerjaan ini bukan mudah kerana mereka ada kumpulan, beribu ekor jin dalam
satu kawasan yang perlu saya tangkap.
“Dan saya bukan halau, saya
akan menangkap mereka dan meletakkan di sebuah penjara yang saya buat sendiri
di alam lain,” katanya.
Sebab itulah jelas Sa’ad lagi
setiap malam dia bersama anak muridnya hanya mengambil satu pesakit sahaja
untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu mereka, dengan syarat perlu
membuat bayaran terlebih dulu.
“Pesakit kami ramai, mereka
perlu membuat temujanji terlebih dulu, tetapi tidak perlu jumpa kerana kita
akan berhubung melalui WhatsApp sahaja.
“Bayaran yang kita kenakan
hanyalah RM200, pada saya harga tersebut setimpal dengan apa yang kami lakukan.
Ia akan dilakukan pada tengah malam sebaik sahaja selesai solat dan zikir, maka
saya dan seorang lagi akan memulakan tugasan sehingga selesai,” ujarnya.
Seperti banjir berlaku di
Kelantan pada Disember 2019, Sa’ad mendakwa yang ia semakin surut sebaik sahaja
dia menangkap semua jin yang berada di situ.
Ini kes yang diselesaikannya :
Rupa ketua jin: Tinggi
berjubah putih, bongkok dengan tangannya panjang sedikit melepasi lengan baju,
wajah mcm orang purba, rambut panjang. Tingginya 48 meter dan badannya sangat
lebar. Tangan boleh panjang mengepung dan menolak air kumpul menjadi banjir.
Lokasi ditangkap: Pusat
pemindahan mangsa banjir
Agama ketua: Tiada
Umur ketua: 213 juta tahun
Jumlah gengnya: 429 juta ekor
Jin ini datang dari pelbagai
tempat.
Soal jawab Sa’ad dengan ketua
jin (kj) :
Sa’ad: Kau kah yang
menyebabkan banjir di Kelantan kali ini?Kj: Ya…kami yang lakukan.
Sa’ad: Siapa yang suruh kau
buat begitu?Kj: Memang kerja kami untuk lakukan kerosakan pada manusia agar
manusia menjadi celaru. Dengan kejayaan kami ini, kami berharap agar ketua kami
ambil perhatian terhadap kami.
Sa’ad: Siapa ketua kau?Kj:
Dajjal
Sa’ad: Kau memang tinggal di
Kelantan?Kj: Kelantan ini terlalu kecil..kami boleh pergi ke mana-mana.
Sa’ad: Adakah banjir di negeri
lain kau yang buat?Kj: Ada juga dan ada di lakukan oleh jin-jin lain.
Sa’ad: Tapi kau lebih tumpu
negeri Kelantan?Kj: Ya
Sa’ad: Kenapa kau tumpu negeri
Kelantan?Kj: Ramai orang tak tahu bahawa negeri Kelantan ini banyak
kebaikannya.
Sa’ad: Maksud kau…negeri
Kelantan lebih banyak kebaikan dari negeri lain?Kj: Ya…itu sudah pasti.
Sa’ad: Dari mana datangnya
kebaikan yang banyak?Kj: Sebab negeri itu bersungguh-sungguh mengikut ajaran
Islam.
Sa’ad: Selepas
kelantan….negeri mana pula yang banyak juga kebaikan dalamnya?Kj: Kedah…Tempat
yang kamu manusia susah-susahkan.
Sa’ad: Siapa yang
susah-susahkan Kedah?Kj: Manusia yang memerintah Kedah sekarang.
Sa’ad: Susahkan macam mana?Kj:
Kamu dah bina keislaman… kamu dah bina kebaikan di dalamnya…kamu dah bina
silaturrahim …kemudian kamu (pemerintah sekarang) hancurkan.
Sa’ad: Selepas Kedah…negeri
mana yang banyak juga kebaikannya ?Kj: Tiada lagi negeri, selain mereka
sentiasa mengadu domba.
Sa’ad: Negeri mana yang paling
teruk iaitu paling sedikit kebaikannya?Kj: Kuala Lumpur
Sa’ad: Kenapa kau ditangkap di
pusat pemindahan mangsa banjir?Kj: tempat manusia berkumpul itulah tempat kami
berkumpul.
Sa’ad: Kau semua buat apa
disitu?Kj: Menghasut manusia
Sa’ad: Kau hasut apa?Kj: Biar
mereka tidak menjadi Islam yang sepatutnya. Biar mereka tidak sabar, tidak
redha, tidak mensyukuri dan sentiasa mengharap pertolongan pada yang lain.
Sa’ad: Dalam air banjir tu
mesti kau dah tabur racun kau betul?Kj: Ya , betul.
Sa’ad: Berapa peratus racun
yang kau dah tabur ke dalam air banjir tu?Kj: 38 %
Sa’ad: Apa kesan racun kau
kepada manusia?Kj: Lemah dan lalai. [Free Malaysia Today/msn]
0 Comments