Daging kambing merupakan
daging merah yang banyak dijadikan sebagai makanan lazat. Daging kambing memiliki banyak
khasiat kesihatan kerana memiliki kandungan zat makanan seperti protein, lemak,
kolin, kolesterol, mineral, dan banyak lagi.
100 gram daging kambing mengandungi sekitar 258 kalori dengan 8.8 gram
lemak dibandingkan dengan daging lembu, memiliki 217 kalori dengan 4.2 gram
lemak.
Ya, kandungan lemak pada
daging kambing lebih tinggi daripada daging lembu. Namun, lemak pada daging
kambing lebih mudah dipisahkan ketika proses pengolahannya.
Daging kambing juga memiliki kandungan
protein yang lebih berkualiti, sehingga tidak mudah lenyap ketika dimasak.
Berbeza dengan daging lembu yang kandungan proteinnya akan hilang jika anda
tidak memasaknya dengan cara yang tepat.
Daging kambing juga lebih
mudah dicerna berbanding daging lembu. Daging kambing juga memiliki kandungan
folat yang lebih tinggi daripada daging lembu. Menariknya lagi, daging kambing
mengandungi citamin K dan D yang tidak dimiliki oleh daging lembu. Berikut Manfaat daging kambing untuk kesihatan yang dipetik dari berbagai sumber;
Tingkatkan Kekebalan Tubuh
Adanya kandungan zat besi pada
daging kambing, menjadikan daging kambing memiliki manfaat untuk meningkatkan
kekebalan tubuh. Memakannya dengan jumlah yang cukup, membuatkan tubuh tidak
mudah diserang virus, bakteria, dan kuman penyebab penyakit.
Sumber Energi
Untuk memperoleh energi yang
cukup, anda makanlah daging kambing. Daging kambing merupakan sumber energi
yang baik untuk tubuh kerana lemak, protein, dan kalorinya dapat memberi energi
yang cukup untuk tubuh.
Cegah Anemia
Daging kambing mampu mencegah
anemia. Daging kambing memiliki kandungan zat besi dan mineral lainnya yang
berfungsi dalam pembentukan hemoglobin dalam darah, secara tidak langsung dapat
meningkatkan kadar darah dalam tubuh.
Masalah Nyeri bisa-Bisa Semasa
Haid
Daging kambing juga dapat
mendatangkan manfaat untuk mengurangkan masalah nyeri atau bisa-bisa semasa haid.
Nyeri haid yang menyakitkan dapat diredakan karena daging kambing mengandungi
zat besi yang dapat meningkatkan kualiti darah dan mengurangkan peradangan.
Baik untuk Jantung
Daging kambing mengandungi
lemak jenuh, kolesterol yang lebih rendah sehingga bermanfaat untuk jantung.
Rutin pengambilan daging kambing sebulan dua kali dapat mengurangkan risiko
penyakit kardiovaskular.
Tingkatkan Kadar Kolesterol
Daging kambing mengandungi
lemak tak jenuh yang dapat meningkatkan kualiti kadar kolesterol baik dan
menghilangkan yang buruk.
Sesuai Untuk Menurunkan Berat
Badan
Daging kambing dapat dijadikan
sebagai bahan makanan untuk menurunkan berat badan kerana dengan adanya
kandungan protein pada daging kambing dapat menekan rasa lapar sehingga membuatkan
perut kenyang lebih lama. Daging kambing
juga rendah lemak yang tidak menyebabkan kenaikan berat badan jika dimakan
secara teratur.
Menjadikan Lelaki Kuat
Daging kambing berisi torpedo dan
empedu yang baik untuk mengubati masalah kesuburan pada Lelaki..
Sebaiknya daging kambing tidak
perlu diambil secara berlebihan atau terlalu kerap. Daging kambing merupakan
salah satu sumber lemak jenuh yang dapat meningkatkan kadar kolesterol dalam tubuh
jika dimakan berlebihan.
Manakala dalam cara memasak daging
kambing, sebaiknya tidak diolah dengan cara digoreng dan dibakar, kerana hanya menambah
kadar lemak jahat. Masaklah daging kambing dengan cara dikukus atau direbus
agar lebih sehat. Batasi juga jumlah Pengambilan
daging kambing, iaitu hanya sebanyak 1 atau 2 kali setiap minggu.
2 Comments