Subscribe Us

Makan Pedas Rendahkan Risiko Sakit Jantung Kerana Cili Mengandungi...

Kajian terbaru yang dijalankan di Institut Neurologikal Mediterranean, Itali telah menunjukkan satu dapatan yang mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan saintis berkenaan dengan pengambilan cili dan insiden penyakit jantung. Kajian tersebut melibatkan sejumlah 23000 subjek dan tempoh pemantauan telah berlangsung selama 8 tahun. Gaya pemakanan mereka dipantau secara berkala dan mereka yang mengambil cili secara kerap mempunyai risiko penyakit jantung 40% lebih rendah berbanding dengan subjek yang lain.


Kajian tersebut telah diterbitkan di laman Jurnal Kardiologi dan Kolej Amerika. Walaupun ia merupakan  satu berita baik buat mereka yang suka makan pedas, namun kajian lanjut perlu dijalankan melibatkan sampel yang lebih besar dan lokaliti yang berbeza. Ini bagi menguji ketepatan hipotesis tersebut seterusnya mengesahkan kesimpulan bahawa cili memang benar-benar memberikan kesan fisiologikal positif terhadap risiko penyakit jantung.
Jangan tiru ya
Capsaicin, Suspek Utama
Ini bukan kali pertama cili dianggap sebagai makanan yang boleh mencegah masalah jantung. Pada awal tahun 2017, Universiti Vermont telah menerbitkan
kajian yang mendapati bahawa mereka yang mengambil cili dalam diet harian mempunyai 13% risiko lebih rendah untuk mati disebabkan oleh penyakit jantung dan masalah strok.

Antara kompaun yang menjadi tumpuan para ahli akademik adalah capsaicin. Ia merupakan kompaun yang wujud pada makanan yang memberikan rasa pedas kepada mereka yang memakannya. Capsaicin berupaya untuk mempengaruhi kadar metabolisme badan dan menggalakkan penggunaan kalori bagi mengekalkan tahap penggunaan tenaga waktu rehat (resting energy expenditure) yang lebih tinggi. Ini bermakna, makanan pedas boleh membantu individu bagi menurunkan berat badan.


Capsaicin mempunyai fungsi antiradang. Ia berupaya membantu mengelakkan masalah jantung melalui penghindaran penyempitan arteri koronari yang membawa darah ke organ tersebut. Menurut Marialaura Bonaccio, penulis utama bagi kajian tersebut, apa yang menarik berkenaan dengan dapatan kajian mereka adalah, jenis diet yang diikuti oleh subjek tidak mempengaruhi kebarangkalian untuk mendapat masalah jantung.

Ini bermakna, mereka yang mengamalkan diet mediterranean mempunyai dapatan yang hampir sama dengan mereka yang tidak mengamalkan pemakanan seimbang sekiranya makanan pedas diambil secara kerap. [hellodoktor.com]

Catat Ulasan

1 Ulasan

cikguzim berkata…
Kena tambah dlm setiap resepi kalau mcm ni org muo...done follow org muo dari temerloh pahang