Kajian terbaru yang dijalankan
di Institut Neurologikal Mediterranean, Itali telah menunjukkan satu dapatan
yang mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan saintis berkenaan dengan
pengambilan cili dan insiden penyakit jantung. Kajian tersebut melibatkan
sejumlah 23000 subjek dan tempoh pemantauan telah berlangsung selama 8 tahun.
Gaya pemakanan mereka dipantau secara berkala dan mereka yang mengambil cili
secara kerap mempunyai risiko penyakit jantung 40% lebih rendah berbanding
dengan subjek yang lain.
Kajian tersebut telah diterbitkan di laman Jurnal Kardiologi dan Kolej Amerika. Walaupun ia merupakan satu berita baik buat mereka yang suka makan pedas, namun kajian lanjut perlu dijalankan melibatkan sampel yang lebih besar dan lokaliti yang berbeza. Ini bagi menguji ketepatan hipotesis tersebut seterusnya mengesahkan kesimpulan bahawa cili memang benar-benar memberikan kesan fisiologikal positif terhadap risiko penyakit jantung.
Jangan tiru ya
Capsaicin, Suspek Utama
Ini bukan kali pertama cili
dianggap sebagai makanan yang boleh mencegah masalah jantung. Pada awal tahun
2017, Universiti Vermont telah menerbitkan
Antara kompaun yang menjadi
tumpuan para ahli akademik adalah capsaicin.
Ia merupakan kompaun yang wujud pada makanan yang memberikan rasa pedas kepada
mereka yang memakannya. Capsaicin berupaya untuk mempengaruhi kadar metabolisme
badan dan menggalakkan penggunaan kalori bagi mengekalkan tahap penggunaan
tenaga waktu rehat (resting energy expenditure) yang lebih tinggi. Ini
bermakna, makanan pedas boleh membantu individu bagi menurunkan berat badan.
Capsaicin mempunyai fungsi
antiradang. Ia berupaya membantu mengelakkan masalah jantung melalui
penghindaran penyempitan arteri koronari yang membawa darah ke organ tersebut.
Menurut Marialaura Bonaccio, penulis utama bagi kajian tersebut, apa yang
menarik berkenaan dengan dapatan kajian mereka adalah, jenis diet yang diikuti
oleh subjek tidak mempengaruhi kebarangkalian untuk mendapat masalah jantung.
Ini bermakna, mereka yang
mengamalkan diet mediterranean mempunyai dapatan yang hampir sama dengan mereka
yang tidak mengamalkan pemakanan seimbang sekiranya makanan pedas diambil
secara kerap. [hellodoktor.com]
1 Comments