Subscribe Us

Keajaiban Buah Nanas, Meningkatkan Libido Suami Isteri!


Jangan biarkan keistimewaan dan keajaiban buah nanas terbiar begitu saja! Buah nanas hidup subur dan biasanya banyak ditanam di negara-negara tropika dimana iklimnya yang panas dan lembab sepanjang tahun.  Buah ajaib ini bukan saja lazat berjus, tetapi juga memberikan manfaat kesihatan sepenuhnya. Berikut adalah 10 khasiat kesihatan yang didapati daripada jus nanas:


1. Ubat Melegakan Batuk
Masalah batuk mengganggu anda? Makanlah buah nanas.  Makan buah nanas boleh menghalang dan melegakan batuk yang mendatang kerana sifat anti-radang pada buah nanas dapat melegakan rasa gatal-gatal pada tenggorok. Jus nanas mengandungi enzim yang dipanggil bromelin, yang seharusnya mendapat kredit untuk faedah ini.


2. Meningkatkan Libido(nafsu berahi) Suami Isteri
Ingin merancang malam istimewa? Minumlah segelas jus nanas bersama pasangan anda kira-kira 2 jam sebelum anda merancang untuk melakukannya di bilik tidur. Ya sesungguhnya, nanas adalah afrodisiak [bahan yg dapat membangkitkan nafsu syahwat]. Potassium dalam jus nanas pula dapat mengurangkan kekejangan otot, yang meletakkan tubuh anda bersedia untuk melakukan hubungan itu. Fungsi bromelin sekali lagi adalah bintang sebenar, kerana ia dapat meningkatkan testosteron pada lelaki dan meningkatkan libido [nafsu berahi]  kedua-dua pasangan.


3. Artritis
Sama seperti tekak anda, sifat anti-radang seperti bromelin dalam nanas juga dapat mengurangkan pembengkakan pada sendi, yang merupakan penyebab utama artritis reumatoid. Tambahan lagi, nanas juga merupakan sumber vitamin C yang baik, berfungsi meningkatkan dan mengekalkan sistem imun keseluruhannya.

4. Tekanan Darah
Nanas kaya dengan antioksidan dan beta karotin, di mana ia mempunyai kesan positif pada tekanan darah anda. Selain itu, nanas mempunyai keseimbangan natrium dan kalium yang baik, penting bagi tubuh manusia untuk mengekalkan tekanan darah yang sihat. Buah nanas yang sememangnya tinggi kandungan kalium, membantu saluran darah relek, dan menurunkan natrium.


5. Pencegah Kanser
Kandungan antioksidan nanas boleh menyumbang kepada pencegahan kanser kerana sebatian anti-radang dapat meminimumkan stres dan keradangan oksidatif, yang merupakan antara punca kepada  maut. Bromelin memainkan peranan merangsang pertumbuhan sel, serta membantu dalam pengeluaran sel darah putih.



6. Jangkitan Cacing Usus
Nanas mengandungi enzim yang merangsang pengeluaran jus pencernaan membantu dalam memecahkan makanan. Satu-satunya enzim khusus iaitu, bromelin sangat berkesan dalam menghapus dan mencerna cacing dalam usus seperti tapeworms dan roundworms.


7. Kesuburan
Ramai orang percaya bahawa makan inti atau teras [bahagian tengah] nanas selama 5 hari selepas ovulasi akan membantu memberikan anda peluang yang lebih baik untuk hamil. Ini kerana nanas telah diakui dalam perubatan, ia berperanan untuk menebal lapisan uterus, selain itu peranan bromelin mengurangkan keradangan dalam badan, termasuk rahim.

8. Penurun Berat Badan
Buah nanas juga penuh serat, vitamin B6, mangan, dan banyak lagi. Ini membantu pencernaan dan meningkatkan metabolisme karbohidrat dan lemak yang penting dalam penurunan berat badan.


9. Kulit Sihat
Sebagai sumber antioksidan, bromelin, dan kaya vitamin C, nanas dapat membantu mengekalkan kulit yang sihat dan lembut dalam jangka masa panjang. Ciri-ciri anti radang yang terdapat pada buah nanas menjadikan kulit anda bebas daripada keradangan, dan mengurangkan jerawat. Bromelin juga memainkan peranan dalam melembutkan kulit dan mencegah gatal-gatal.


10. Meningkatkan Imuniti
Buah-buahan tropika sangat baik untuk meningkatkan sistem imun anda secara keseluruhan kerana kandungan nutrien yang tinggi, termasuk antioksidan, enzim, dan vitamin. Buah ini juga bebas kolesterol dan lemak, serta rendah natrium. Lebih-lebih lagi kajian juga mendapati bahawa sesetengah sifat nanas juga dapat membantu penyerapan zat besi ke dalam diet dari pelbagai makanan lain, dan juga membantu dalam meningkatkan kesihatan tulang. Ia tinggi serat, menjadikan proses penghadaman menjadi lebih baik. [buzznoble.com]

Catat Ulasan

1 Ulasan

Rohit berkata…
Thanks for sharing great blog here. what is cold pressed juice? Till you are drinking simple orange juice. Shunya offer new cold drink which is in orange flavor also which made by herbal supplements like ASHWAGANDHA, BRAHMI, KHUS & KOKUM. Its taste is yumme and 0 added suger drink, Which are nothing any side effects.