Jangan biarkan keistimewaan dan
keajaiban buah nanas terbiar begitu saja! Buah nanas hidup subur dan biasanya
banyak ditanam di negara-negara tropika dimana iklimnya yang panas dan lembab
sepanjang tahun. Buah ajaib ini bukan
saja lazat berjus, tetapi juga memberikan manfaat kesihatan sepenuhnya. Berikut
adalah 10 khasiat kesihatan yang didapati daripada jus nanas:
1. Ubat Melegakan Batuk
Masalah batuk mengganggu anda?
Makanlah buah nanas. Makan buah nanas boleh
menghalang dan melegakan batuk yang mendatang kerana sifat anti-radang pada
buah nanas dapat melegakan rasa gatal-gatal pada tenggorok. Jus nanas mengandungi
enzim yang dipanggil bromelin, yang seharusnya mendapat kredit untuk faedah
ini.
2. Meningkatkan Libido(nafsu berahi) Suami Isteri
Ingin merancang malam istimewa?
Minumlah segelas jus nanas bersama pasangan anda kira-kira 2 jam sebelum anda
merancang untuk melakukannya di bilik tidur. Ya sesungguhnya, nanas adalah
afrodisiak [bahan yg dapat membangkitkan nafsu syahwat].
Potassium dalam jus nanas pula dapat mengurangkan kekejangan otot, yang
meletakkan tubuh anda bersedia untuk melakukan hubungan itu. Fungsi bromelin
sekali lagi adalah bintang sebenar, kerana ia dapat meningkatkan testosteron
pada lelaki dan meningkatkan libido [nafsu berahi]
kedua-dua pasangan.
3. Artritis
Sama seperti tekak anda, sifat
anti-radang seperti bromelin dalam nanas juga dapat mengurangkan pembengkakan
pada sendi, yang merupakan penyebab utama artritis reumatoid. Tambahan lagi,
nanas juga merupakan sumber vitamin C yang baik, berfungsi meningkatkan dan
mengekalkan sistem imun keseluruhannya.
4. Tekanan Darah
Nanas kaya dengan antioksidan
dan beta karotin, di mana ia mempunyai kesan positif pada tekanan darah anda.
Selain itu, nanas mempunyai keseimbangan natrium dan kalium yang baik, penting
bagi tubuh manusia untuk mengekalkan tekanan darah yang sihat. Buah nanas yang sememangnya
tinggi kandungan kalium, membantu saluran darah relek, dan menurunkan natrium.
5. Pencegah Kanser
Kandungan antioksidan nanas
boleh menyumbang kepada pencegahan kanser kerana sebatian anti-radang dapat meminimumkan
stres dan keradangan oksidatif, yang merupakan antara punca kepada maut. Bromelin memainkan peranan merangsang
pertumbuhan sel, serta membantu dalam pengeluaran sel darah putih.
6. Jangkitan Cacing Usus
Nanas mengandungi enzim
yang merangsang pengeluaran jus pencernaan membantu dalam memecahkan
makanan. Satu-satunya enzim khusus iaitu, bromelin sangat berkesan dalam
menghapus dan mencerna cacing dalam usus seperti tapeworms dan roundworms.
7. Kesuburan
Ramai orang percaya bahawa
makan inti atau teras [bahagian tengah] nanas selama 5 hari selepas ovulasi akan membantu memberikan anda
peluang yang lebih baik untuk hamil. Ini kerana nanas telah diakui dalam
perubatan, ia berperanan untuk menebal lapisan uterus, selain itu peranan bromelin
mengurangkan keradangan dalam badan, termasuk rahim.
8. Penurun Berat Badan
Buah nanas juga penuh serat,
vitamin B6, mangan, dan banyak lagi. Ini membantu pencernaan dan meningkatkan
metabolisme karbohidrat dan lemak yang penting dalam penurunan berat badan.
9. Kulit Sihat
Sebagai sumber antioksidan,
bromelin, dan kaya vitamin C, nanas dapat membantu mengekalkan kulit yang sihat
dan lembut dalam jangka masa panjang. Ciri-ciri anti radang yang terdapat pada
buah nanas menjadikan kulit anda bebas daripada keradangan, dan mengurangkan
jerawat. Bromelin juga memainkan peranan dalam melembutkan kulit dan mencegah gatal-gatal.
10. Meningkatkan Imuniti
Buah-buahan tropika sangat
baik untuk meningkatkan sistem imun anda secara keseluruhan kerana kandungan
nutrien yang tinggi, termasuk antioksidan, enzim, dan vitamin. Buah ini juga bebas
kolesterol dan lemak, serta rendah natrium. Lebih-lebih lagi kajian juga
mendapati bahawa sesetengah sifat nanas juga dapat membantu penyerapan zat besi
ke dalam diet dari pelbagai makanan lain, dan juga membantu dalam meningkatkan
kesihatan tulang. Ia tinggi serat, menjadikan proses penghadaman menjadi lebih
baik. [buzznoble.com]
1 Comments