Subscribe Us

Cara Masak Beras Basmathi Supaya Nasi Lembut, Berderai dan Sekata


Beras basmathi adalah antara jenis beras berkualiti walaupun harganya memang mahal tetapi amat berbaloi kerana rasanya enak, berkhasiat dan baik untuk kesihatan.  Oleh itu jika anda mahu memasak beras jenis ini, anda kena ikut cara yang betul supaya beras yang dimasak sekata dan beras yang panjang tidak mudah patah.


Apabila menggunakan beras basmathi, cara memasaknya tidak sama dengan memasak beras biasa. Ramai yang mengeluh kerana hasil percubaan kali pertama menggunakan beras basmathi ‘kurang’ menjadi.  

Berikut cara memasak beras basmathi supaya nasi menjadi lebih lembut, berderai dan masak sekata seperti disalin dari berbagai sumber dan dari tukang masak berpengalaman;


1. Basuh beras hingga bersih dan rendam selama 20 minit dalam air yg diletakkan dengan sedikit garam. Kalau tidak direndam nanti hasilnya nasi tidak cukup lembut dan keras apabila sejuk serta tidak sepanjang seperti yang dilihat didalam iklan produk.


2. Sukatan air nisbah 1 cawan beras bersamaan 1 setengah cawan air (1/2 adalah susu atau santan) bergantung nasi apa yang kita hendak dimasak.

3. Perkara penting yang harus diingat, panaskan air terlebih dahulu sehingga mendidih barulah masukkan beras.

4. Kacau beras semasa air masih banyak, jika sudah kering kacau sekali saja untuk mengelakkan beras patah.

Pastikan mengacau beras yang sedang dimasak hanya apabila airnya masih banyak. Apabila telah mengering, elakkan mengacau kerana beras akan mudah patah.


5. Sekiranya memasak menggunakan api dapur, pastikan api dapur dikecilkan setelah air kering, periuk ditutup rapat untuk mengelakkan wap keluar.

6. Biarkan nasi yang telah masak selama 5 – 10 minit sebelum membuka tudung periuk dan kacau nasi.

7. Karih ketika nasi masih panas, sekiranya telah sejuk, nasi akan mula bergumpal dan melekat. Tekstur nasi akan menjadi cantik dan berderai sebutir-sebutir dengan elok.

Karih nasi dari tepi periuk dan angkat ke tengah, lakukan dengan perlahan-lahan. Kalau kita karih secara kelam-kabut, nasi yang lembut akan mudah patah.  Kalau ada sudip seperti garpu besar, adalah lebih elok digunakan.


8. Untuk mewarnakan nasi tunggu sehingga air kering baru titiskan pewarna dan biarkan sekejap barulah kacau rata. [Rujukan dari berbagai sumber]

Post a Comment

1 Comments

HAMIDIsP said…
Terima kasih diatas perkongsian berguna ni.