Subscribe Us

Hotel Tabung Haji (TH Hotel) Alor Setar Mengutamakan Keselesaan Pelanggan


Jika anda bercadang untuk ke Negeri Kedah, anda boleh cuba bermalam di TH Hotel.  TH Hotel Alor Setar adalah hotel milik Lembaga Tabung Haji yang menarik dan selesa untuk dikunjugi. Ia menawarkan penginapan selesa untuk pasangan atau keluarga yang ingin bercuti ke negeri Kedah. 



Kedudukan lokasi hotel yang tidak jauh dari Lapangan terbang Sultan Abdul Halim memudahkan pengunjung yang menggunakan perkhidmatan udara untuk ke hotel ini, hanya megambil masa beberapa minit sahaja untuk sampai ke hotel. 

Bagi pelancung yang berkenderaan dari arah Selatan anda harus exit toll Alor Star Utara.





TH Hotel dan Pusat Konvensyen Alor Setar terletak hanya 10 minit memandu ke pusat bandaraya Alor Setar.


Banyak tempat menarik untuk dilawati di sekitar bandaraya ini antaranya Menara Alor Setar, pusat membeli-belah produk tradisional Pekan Rabu, Aman Central Mall, Kelab Golf Diraja Kedah, Kelab Golf dan Desa Darulaman, Stadium Darulaman, Kerajaan Persekutuan dan Negeri Pejabat Perindustrian, Mergong dan Kawasan Perindustrian Tanah Merah, Masjid Zahir yang legenda, Menara Nobat Diraja, Dataran Alor Setar, Muzium Padi dan banyak lagi. 


Anda pasti sangat teruja sebaik saja memasuki ruang lobinya yang amat berbeza dengan hotel lain.


Ruang lobinya yang sangat luas menempatkan kaunter pendaftaran, ruang  menunggu dan rehat, lounge, dan sudut-sudut pameran.



Penginapan
TH Hotel menyediakan beberapa jenis bilik untuk anda, antaranya ialah;
Superior Queen

Bilik yang luas, cantik dan sesuai untuk mereka yang berkeluarga . 
Antara kemudahan yang disediakan ialah
Bilik berhawa dingin.
Bilik mandi, shower.
TV LCD.
Peti sejuk.
Satellite service.
Ironing board.
Hair dryer.
Free WIFI.
Cribs/infant bed available.
Coffee/tea making facilities.
Sarapan untuk 2 pax.


Deluxe Twin
Bilik yang besar dan agak luas dan lebih sesuai untuk yang berkeluarga besar. Antara kemudahan yang disediakan ialah
Bilik berhawa dingin.
Bilik mandi, shower.
TV LCD.
Peti sejuk.
Satellite service.
Ironing board.
Hair dryer.
Free WIFI.
Cribs/infant bed available.
Coffee/tea making facilities.
Sarapan untuk 2 pax.


Kemudahan
Terdapat pelbagai kemudahan yang ada di TH Hotel Alor Setar. Antaranya ialah:
Kemudahan Internet
Surau
Kolam renang
24 hours room services
Dewan mesyuarat
Concierge
Airport transfer
Non – smoking room
Children pool
Babysitting
Laundry
Free parking


Bagi anda yang suka mandi-manda, TH Hotel menyediakan 2 kolam renang patuh syariah iaitu untuk keluarga dan satu lagi untuk kaum wanita sahaja.


Restoran Signature Tepi Bendang di hotel menawarkan pilihan hidangan halal Melayu, India, Barat, Kantonis dan Szechuan yang lazat dengan pelbagai pilihan menu. Peminat makanan dan minuman tidak boleh terlepas menikmati keenakan pelbagai menu masakan Chef Azhar dan Chef Adam Chin ciptaan sendiri di Tepi Bendang Signature Restaurant serta minuman dan makanan ringan yang indah di Lounge Menanti.




TH Hotel dan Pusat Konvensyen Alor Setar sesuai untuk pelancong yang suka kemudahan, keselesaan dan keyakinan.


Alamat hotel:
Lot 3860, Mukim Titi Gajah,
Seksyen 2, Bandar Anak Bukit, Daerah Kota Setar,
06022 Kedah Darul Aman, Malaysia.
Hubungi:
www.thhotels.com.my
Tel : +6 04-740 3666
Fax : +6 04-714 5666

Catat Ulasan

0 Ulasan