Restoran Top D' Gurun terletak
di Pekan Gurun, Simpang 3 Guar Nanas 1 km dari Gunung Jerai Gurun, Kedah, 7
minit dari tol Gurun. Restoran ini
terkenal dengan menu istimewanya, Sotong Buncit Jahat. Memang jahat sotong ni buat perabih poket
hehe😄
Selain sotong buncit jahat, terdapat pelbagai menu lain yang sedap-sedap
belaka, antaranya kambing salai madu, bawal salai, bawal goreng panas-panas,
kari kawah berapi dan daging salai. Sebelum meneruskan perjalanan ke Gunung
Jerai eloklah anda singgah dulu makan tengah hari di restoran Top D' Gurun.
Restoran Top D'Gurun adalah kepunyaan Pn Saadiah yang amat popular di Gurun Kedah, mengusahakan perniagaannya sejak belasan tahun dulu.
sotong buncit jahat
Top D'Gurun juga menyediakan lebih
30 jenis lauk-pauk kampung yang cukup menyelerakan dengan harga yang amat
berpatutan ditambah pula air teh 0 ais dengan harga 50 sen saja.
Bagi membangkitkan selera,
lebih 15 ulaman segar ditawarkan kepada pengunjung seperti pucuk gajus, petai
bakar, terung bakar, ulam raja, bendi dan terung belanda bersama beberapa jenis
pencicah termasuk sambal belacan, air asam, sambal lesung dan budu yang
semuanya cukup enak rasanya.
Restoran ini dibuka pada setiap hari Sabtu hingga Khamis, bermula dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Restoran di tutup pada hari Jumaat.
0 Comments