Pada 31 Julai 2013 TV2 telah
menyiarkan dokumentari khas Sarjan Hassan. Rupa-rupanya Sarjan Hassan ini adalah
merupakan pahlawan Melayu Islam yang terlalu hebat tetapi kerana sikapnya yang
begitu merendah diri, warak serta tawaduk maka keperwiraannya tidak begitu
diketahui umum.
P. Ramlee juga hebat, dibuatnya filem Sarjan Hassan waktu negara dalam era darurat. P Ramlee ubahsuai filem
Sarjan Hassan berkisarkan menentang Jepun, bukan menentang komunis untuk mengelakkan filemnya daripada disabotaj atau diancam komunis kerana pada
waktu filem tersebut diterbitkan negara masih dalam keadaan darurat akibat keganasan Parti Komunis Malaya.
Sarjan Hassan berasal dari
N.Sembilan. Mendapat pendidikan pondok di Rantau, N.Sembilan. Berguru dengan
ramai para ulama termasuk Mufti N.Sembilan, Sheikh Hj Ahmad. Ketika dalam
tentera Sarjan Hassan amat warak, tidak pernah tinggal solat.
Pengganas komunis amat
berdendam dengan Sarjan Hassan. Sentiasa mencari peluang untuk membunuhnya atau
keluarganya. Satu hari seorang pengganas komunis wanita yang cantik menyerah
diri cuba menggoda Sarjan Hassan. Tetapi atas sifat kewarakan Sarjan Hassan,
pengganas komunis wanita itu pula yang belot dan memberi maklumat kepada Sarjan
Hassan sehingga tertangkapnya 27 orang pengganas komunis.
Jasa besar Sarjan Hassan yang
tidak tercatit dalam sejarah atau akhbar di Tanah Melayu pada ketika itu, hanya
dilaporkan dalam akhbar Singapura ialah kejayaan Sarjan Hassan (pada ketika itu
berpangkat Leftenan) menggagalkan cubaan komunis untuk sabotaj sambutan
kemerdekaan 10 hari sebelum 31 Ogos 1957.
Sarjan Hassan adalah
satu-satunya orang Islam pada ketika itu dari kelulusan sekolah pondok yang
berjaya menjadi pegawai tentera berpangkat Leftenan.
Kubur Sarjan Hassan seperti
kubur kebanyakan orang Islam lain, tiada yang istimewanya di Makam Sheikh Hj
Mohd Said di Seremban. Sesungguhnya
Sarjan Hassan adalah merupakan pahlawan Islam kebanggaan pengajian pondok di
Rantau, N.Sembilan dan kebanggaan rakyat Malaysia.
Tidak sia-sialah perjuangan nenda
saya salah seorang pengasas Rejimen Askar Melayu iaitu Dato Abdullah Hj Dahan,
Undang Rembau, yang telah melahirkan pahlawan Melayu Islam yang begitu hebat,
merendah diri, warak, tidak tinggal solat yang perlu dicontohi oleh semua
perwira negara.
Semoga Allah mencucuri rahmat
kepada Kapten Hassan bin Othman, ayah saya Lt Kolonel Malakan bin Kamaruddin,
nenda saya Dato Abdullah bin Hj Dahan dan seluruh perwira negara yang telah
gugur.
Mungkin selepas ini kapal TLDM
yang baru boleh diberi nama KD Sarjan Hassan seperti KRI Imam Bonjol di
Indonesia, atau Kereta Perisai yang baru diberi nama Sarjan Hassan atau Hassan.
(Penulis artikel ialah anak Lt Kolonel Malakan bin Kamaruddin)
No comments:
Post a Comment