Pulut hitam merupakan bahan
makanan yang sering diolah menjadi pelbagai menu makanan manis. Teksturnya yang manis lemak membuatkan banyak orang menyukai olahan makanan daripada pulut hitam ini.
Beras pulut ini berwarna hitam
sebelum dimasak. Namun, setelah dimasak warnanya akan berubah menjadi keunguan. Warna hitam pada pulut hitam
ini merupakan tanda bahawa bahan makanan ini mengandungi antoisanin (sebatian
pewarna) yang tinggi.
Selain itu, pulut hitam juga
mengandungi zat besi, protein, karbohidrat, serat, vitamin E, serta mineral
seperti kalium, natrium, magnesium, dan zink.
Berikut manfaat pulut hitam
untuk kesihatan yang telah dari berbagai sumber;
Melawan Kanser dan Penyakit Jantung
Pulut hitam dipercayai dapat
membantu melawan kanser dan penyakit jantung kerana adanya kandungan antosianin
di dalamnya.
Antosianin yang merupakan
salah satu pigmen dari antioksidan ini memiliki peranan penting untuk
mengurangi kadar koletserol jahat atau LDL, sehingga mampu melawan penyakit
jantung. Selain itu, jenis antioksidan
ini juga memiliki sifat antiradang dan antikanser sehingga antosianinnya mampu
menurunkan risiko obesiti, diabetes, dan penyakit jantung.
Menjaga Kesihatan Pencernaan
Pulut hitam mengandungi serat yang
cukup tinggi. Kandungan serat tinggi ini sangat penting untuk menjaga kesihatan
usus. Serat membantu menurunkan berat
badan, tekanan darah, dan kolesterol. Pulut hitam memiliki efek probiotik yang
baik untuk kesihatan saluran pencernaan.
Menjaga Berat Badan
Serat pada pulut hitam ini
dipercayai berkesan mencegah masalah pada pencernaan. Selain itu, seratnya juga
mampu mempertahankan berat badan ideal. Mengambil
makanan tinggi serat daripada pulut hitam membuatkan rasa kenyang lebih lama
Menjaga Daya Tahan Tubuh
Pulut hitam membantu memperkuat sistem kekebalan tubuh dengan adanya kandungan vitamin
E yang tinggi di dalamnya. Vitamin E
pada pulut hitam dapat melindungi sel dari kerosakan yang diakibatkan oleh radikal
bebas. Hal ini kerana tingginya kandungan antosianin dalam pulut hitam.
0 Comments