Subscribe Us

Kilang Mitokondria Mesti Berkembang Jika Mahukan Berat Badan Menarik, Apa Itu Mitokondria?


Ramai orang melaksanakan aktiviti beriadah kerana inginkan tubuh yang sihat dan juga inginkan berat badan yang menarik, dengan harapan selepas beriadah berat badan kita akan berkurang.

Dari pengalaman saya, beriadah memang banyak faedahnya. Apa yang saya dapat rumuskan ialah aktiviti beriadah dapat meningkatkan kadar metabolisma  kabohidrat yang kita makan.


Bagaimanakah ia meningkatkan kadar metabolisma? Setelah kita beriadah secara istiqomah selama 1 bulan, jumlah mitokondria di dalam sel kita pun bertambah. Ia boleh bertambah hingga sebanyak 40% dari jumlah mitokondria yang asal.

Apa itu mitokondria? Mitokondria adalah kilang memproses glukos untuk menghasilkan tenaga.  Setelah mitokondria meningkat menjadi 140% dari jumlah yang asal, maka sudah tentu pembakaran glukos juga bertambah, walaupun ketika kita sedang tidur.



Inilah yg menyebabkan berat tidak bertambah, bahkan akan terus menyusut walaupun otot kita bertambah pejal.

Pertambahan kilang metabolisma glukos (mitokondria ) menyebabkan berat kita menyusut walaupun ketika kita sedang tidur.  Nasi, roti dan biskut yg kita makan akan ditukar kepada gula ringkas seperti glukos di dalam perut.  Kemudian, glukos diserap masuk ke dalam darah. Darah membawa glukos ke sel-sel di seluruh tubuh.

Dengan bantuan hormon insulin, glukos akan masuk ke dalam sel, lalu menuju  ke mitokondria.  Di dalam mitokondria, glukos akan diproses untuk menghasilkan tenaga. Tenaga ini disimpan di dalam molikul ATP...Semua sel memerlukan tenaga yg tersimpan di dalam ATP untuk dapat berfungsi dengan baik.


Apa akan terjadi jika tubuh kita kurang insulin? Glukos akan gagal untuk masuk ke dalam sel. Mitokondria tidak dapat bekalan glukos untuk menghasilkan tenaga. ATP gagal dihasilkan, lalu sel-sel tubuh kita tak ada tenaga untuk berfungsi.  Kita tahu, tenaga sangat perlu untuk setiap bahagian tubuh kita membuat kerja, termasuk berfikir, fungsi saraf, jantung dan lain-lain.

(Artikel ini disalin dengan izin Doktor Mohd Rashid Dakim, UKM Medic.  Beliau sekarang mengusahakan kliniknya di Benut Pontian)

Catat Ulasan

3 Ulasan

Abu Fitri berkata…
Alhamdulillah, penjelasan terbaik untuk kesihatan kita bersama. Kipidap Bosskurr. Dongibap
azra berkata…
Wowww terbaik... ������
Rusiah_Hazri berkata…
Entry yang menarik tapi saya malas nak bersenam lah. Hahaha.