Ramai orang melaksanakan aktiviti beriadah kerana inginkan tubuh yang sihat dan juga inginkan berat badan yang menarik, dengan harapan selepas beriadah berat badan kita akan berkurang.
Dari pengalaman saya, beriadah
memang banyak faedahnya. Apa yang saya dapat rumuskan ialah aktiviti beriadah
dapat meningkatkan kadar metabolisma
kabohidrat yang kita makan.
Bagaimanakah ia meningkatkan
kadar metabolisma? Setelah kita beriadah secara istiqomah selama 1 bulan,
jumlah mitokondria di dalam sel kita pun bertambah. Ia boleh bertambah hingga
sebanyak 40% dari jumlah mitokondria yang asal.
Apa itu mitokondria? Mitokondria adalah kilang memproses glukos untuk menghasilkan tenaga. Setelah mitokondria meningkat menjadi 140% dari jumlah yang asal, maka sudah tentu pembakaran glukos juga bertambah, walaupun ketika kita sedang tidur.
Apa itu mitokondria? Mitokondria adalah kilang memproses glukos untuk menghasilkan tenaga. Setelah mitokondria meningkat menjadi 140% dari jumlah yang asal, maka sudah tentu pembakaran glukos juga bertambah, walaupun ketika kita sedang tidur.
Inilah yg menyebabkan berat tidak
bertambah, bahkan akan terus menyusut walaupun otot kita bertambah pejal.
Pertambahan kilang metabolisma
glukos (mitokondria ) menyebabkan berat kita menyusut walaupun ketika kita
sedang tidur. Nasi, roti dan biskut yg
kita makan akan ditukar kepada gula ringkas seperti glukos di dalam perut. Kemudian, glukos diserap masuk ke dalam
darah. Darah membawa glukos ke sel-sel di seluruh tubuh.
Apa akan terjadi jika tubuh
kita kurang insulin? Glukos akan gagal untuk masuk ke dalam sel. Mitokondria
tidak dapat bekalan glukos untuk menghasilkan tenaga. ATP gagal dihasilkan,
lalu sel-sel tubuh kita tak ada tenaga untuk berfungsi. Kita tahu, tenaga sangat perlu untuk setiap
bahagian tubuh kita membuat kerja, termasuk berfikir, fungsi saraf, jantung dan
lain-lain.
(Artikel ini disalin dengan izin Doktor Mohd Rashid Dakim, UKM Medic.
Beliau sekarang mengusahakan kliniknya di Benut Pontian)
3 Comments