Subscribe Us

Tembikai Menurunkan Tekanan Darah, Melambatkan Proses Penuaan

Selain manis dan menyegarkan, buah tembikai mempunyai manfaat yang baik untuk kesihatan tubuh. Berikut antara khasiat buah tembikai;

1. Cegah penyakit jantung dan kanser prostat
Buah tembikai memiliki banyak kandungan lycopene, antioksidan pada tanaman yang terkenal mampu melawan penyakit jantung dan kanser prostat.


2. Mencegah penuaan
Buah tembikai merupakan sumber makanan yang kaya akan likopen, vitamin C dan vitamin A. Semua nutrien ini dapat mengurangkan paparan radikal bebas yang menyebabkan garis-garis halus, kedutan dan bintik-bintik hitam pada kulit.

Kandungan antioksidan dalam buah tembikai juga mengurangkan radikal bebas dalam tubuh dan mencegah semua tanda-tanda penuaan kulit.
3.  Menjaga hidrasi tubuh
Kandungan buah tembikai yang memiliki kadar air maksimum menjadikannya sebagai pilihan terbaik untuk mendapatkan manfaat mineralisasi tubuh. Jadi tembikiai akan membuat tubuh anda menjadi terhidrasi.

4. Baik untuk kekebalan tubuh
Kandungan sitrulin dalam buah tembikai, ketika diserap ke dalam tubuh berubah menjadi arginin dan asid amino. Sitrulin bermanfaat untuk kekebalan tubuh, jantung, dan sistem peredaran darah, juga meningkatkan ereksi terhadap kaum lelaki.

5. Sebagai buah peluruh lemak
Tingginya kandungan air sekitar 92% dalam buah tembikai dapat membantu mengisi perut sebelum waktu makan. Buah tanpa kolesterol ataupun lemak ini dapat dijadikan sebagai makanan sampingan yang membantu mengurangkan rasa lapar.

6. Melembabkan kulit
Tembikai adalah buah berair yang membuat tubuh dan kulit terhidrasi. Jika anda memiliki kulit kering, campurkan tembikai dan madu untuk melembabkan kulit. Dehidrasi dapat menyebabkan wajah kering dan kusam. 

7. Mampu menurunkan tekanan darah
Kandungan asid amino L-citrulline/L-arginine dalam tembikai jika dimakan sebanyak 6 gram setiap hari, mampu meningkatkan fungsi arteri dan secara beransur-ansur mampu menurunkan tekanan darah.

8. Penglihatan
Buah semangka mengandung vitamin C dan vitamin A yang baik untuk kesihatan mata.

9. Menghindari bau mulut
Menurut para ahli, buah tembikai sangat membantu dalam mencegah dan mengurangkan masalah bau mulut. [suaramerdeka]

Post a Comment

6 Comments

aima said…
buah kegemaran nabi kita
Obat Sakit said…
kalau buah ini memang kaya manfaat dan kaya khasiat buat badan kita.
Katanya sih yang warna putih adalah untuk pencegahan atau penolaknya
Cheqna said…
Menarik info ni...saya suka buah tembikai :-)
Mia Liana said…
hmmm.. bagus juga ya.. selama ni main makan je..
Perling Putih said…
my favourite buah....
maszull said…
assalamualaikum OM...best juga ni mekacih dgn info ini...;)