Banyak orang kurang suka sayur rebung kerana baunya yang kurang enak. Ramai yang tidak tahu bahawa rebung kaya serat dan
berpotensi menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
Tunas rebung buluh atau pucuk rebung sudah lama dikenali oleh masyarakat kita sebagai
bahan makanan, terutama untuk dibuat sayur. Selain lazat diolah, rebung juga kaya dengan serat pangan dan kalium. Oleh itu rebung dapat dijadikan penekan kadar kolesterol jahat dalam
darah.
(Serat pangan, dikenal juga sebagai serat diet atau
dietary fiber, merupakan bahagian dari tumbuhan yang dapat dikonsumsi dan
tersusun dari karbohidrat yang memiliki sifat resistan terhadap proses
pencernaan dan penyerapan di usus halus manusia serta mengalami fermentasi
sebagian atau keseluruhan di usus besar.)
Kandungan serat pangan rebung amat baik sekitar 2.56 persen, lebih
tinggi jika dibandingkan dengan jenis sayuran tropika lainnya.
Selain serat, kandungan lain yang utama dalam rebung mentah adalah air, iaitu
sekitar 91 persen. Rebung mengandungi protein, karbohidrat, lemak,
vitamin A, thiamin, riboflavin, vitamin C, serta mineral lain seperti
kalsium, fosfor, besi, dan kalium. Kandungan kalium dalam rebung cukup
tinggi, yaitu 533 mg per 100 gram rebung.
0 Comments