Subscribe Us

Char Kuey Teow Seafood Amai Corner Muo Terbaik, "Pekena Dulu Baru Tau"


Terkini:
Amai Corner Char Kuey Teow sudah berpindah ke tempat baru di Sg Abong, Markas Food Court, 61-9, Jalan Sungai Abong, Muar.


Google maps
Markas Food Court
010-790 4535

Waktu operasi 5ptg smpai 11 malam..

Pekena dulu baru tau... Begitulah trademark pemilik gerai Char Kuey Teow Seafood Amai Corner, Encik Ahmad Kamal seorang usahawan yang tidak asing lagi bagi penggemar-penggemar tegar char kuey tiaw seafood di bandar Muo.    Gerai ini terletak di Bakri Corner, Jalan Bakri, tepi Sungai Bentayan berdekatan Bulatan Jalan Bakri, Muo.

Apa istimewanya Char Kuey Teow Seafood Amai Corner ni?  Jika anda memang seorang penggemar makanan ini, anda akan menikmati rasa dan kelazatan yang berbeza Char Kuey Teow Seafood Amai Corner ini berbanding char kuey teow seafood di kedai-kedai yang lain.





Resepi utama Char Kuey Teow Seafood Amai Corner ialah pati kicap kuey teow Amai Corner istimewanya yang dibuat sendiri oleh En Ahmad Kamal selain perencah seafood seperti sotong udang kerang dan kupang yang terpilih dan segar dari ladang.


Char Kuey Tiaw Seafood Amai Corner ada banyak pilihan mengikut selera anda. Anda boleh memilih mana-mana menu yang anda mahukan. Sila lihat menu Char Kuey Teow Seafood Amai Corner di bawah;


En Ahmad Kamal membekal sos pati kicap char kuey teow bukan saja kepada para peniaga dan orang ramai di sekitar daerah Muo bahkan juga kepada pelanggan-pelanggan dari negeri-negeri di Semenanjung . 
Jika anda berminat untuk mendapatkan sos tersebut anda boleh menghubungi terus En Ahmad Kamal melalui watsap atau telefon, 0193780166, boleh rujuk facebook  beliau https://www.facebook.com/amaicornerckt/


Gerai Amai Corner dibuka pada setiap hari, jam 5.30 petang hingga 11.30 malam, kecuali jika ada hal yang tidak dapat dielakkan terpaksalah tutup gerai.  Bagi anda yang tinggal jauh lebih baik telefon dulu En Ahmad kamal untuk memastikan beliau berniaga atau sebaliknya pada hari berkenaan.  Nikmati kelazatan char kuey teow seafood Amai Bakri Corner yang ternyata berbeza rasanya. 

Catat Ulasan

1 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.