Subscribe Us

Bibir Anda Kering dan Gelap? Inginkan Bibir Lembut dan Cerah? Ini Caranya...

(Gambar hiasan)
Setiap wanita menginginkan bibir yang sihat dan cerah. Namun  ada sesetengah wanita mengalami bibir kering dan gelap. Jangan bimbang ada beberapa cara untuk memastikan agar bibir anda sentiasa merah dan lembut seperti bibir bayi. Berikut tip mendapatkan bibir lembut dan cerah. 
Krim susu   
Aplikasikan krim susu pada bibir dan gosokkan dengan lembut. Ini akan menghapus kulit mati dan melembutkan bibir. Basuh dengan lembut menggunakan air dingin untuk dapatkan bibir lembut yang asli.

Mentega
Mentega boleh melembutkan dan melembabkan bibir. Aplikasikan mentega pada bibir yang kering 30 minit sebelum mandi. Pilihlah mentega tawar untuk mencegah bibir menjadi berwarna gelap.
Gambar hiasan
Jus pomegranat 
Jus pomegranat juga mampu membuat bibir menjadi merah secara semulajadi. Selain meminum jus sihat ini, oleskan atau sapukan jus itu pada bibir anda. Anda boleh mencampur jus pomegranat dengan mentega atau krim susu lalu oleskan pada bibir. Tambahkan sedikit madu untuk mengelupaskan sel kulit bibir yang mati dan menjaganya agar bibir anda sentiasa lembut.
Lemon
Lemon merupakan pemutih alami yang menghapus warna gelap pada bibir. Untuk dapatkan bibir lembut dan berwarna merah muda, aplikasikan hirisan lemon 2 kali dalam seminggu.

Gula
Sel kulit mati dan kotor membuatkan bibir anda kelihatan gelap dan kering. Campurkan gula dengan sedikit air lalu aplikasikan pada bibir dengan lembut. Campuran gula dan air akan mencerahkan warna bibir dan melembutkannya.[tempo]

Post a Comment

3 Comments

Unknown said…
Pesona seorang wanita misalnya bibir sebagaimana tampak dalam gambar diatas begitu indah. Untuk mendapatkan bibir yang menawan perlu perlakuan yang spesial. Tips ini menjadi panduan yang praktis bagi seorang wanita untuk mendapatkan bibir yang aduhai. Terima kasih sharingnya. Salam cemerlang dari Indonesia.
Sop said…
nice sharing info:)
3no gr33ny said…
terima kasih