Bahagian bawah telapak kaki
anda adalah titik-titik yang secara langsung dan kuat berhubung ke organ-organ
dalaman badan kita. Ini adalah apa yang
dikenali sebagai meridian dalam perubatan Cina. Meridian yang disebut ini adalah jalan masuk
ke setiap organ di dalam badan.
Meridian ini pada dasarnya merupakan jaringan yang sangat kuat yang terdapat di dalam badan, malangnya sering tertidur atau tidak aktif disebabkan seseorang itu kurang pergerakan atau jarang berjalan kaki tanpa alas kaki, ataupun kurangnya melakukan akupunktur dalam kalangan masyarakat kita menyebabkan litar saraf di bahagian kaki tidak aktif.
Untuk mengaktifkan litar ini,
kita disarankan agar lebih banyak berjalan kaki di atas rumput tanpa alas kaki.
Ya, sekarang anda faham mengapa perlu lakukan aktiviti berjalan kaki di atas rumput
tanpa alas kaki. Bagi anda yang tidak pernah mencuba berjalan kaki di atas rumput
tanpa kasut, anda dianggap telah ketinggalan.
Kaedah lain yang sangat sejuk
untuk menghidupkan atau membuka litar ini ialah dengan dan meletakkan potongan
bawang putih atau bawang merah di bawah tapak kaki semasa tidur. Ini akan membantu membersihkan tubuh dan organ
dalaman kita, seterusnya memberikan manfaat kesihatan yang lain.
Bagaimana cara menjalani
proses ini? Berikut di bawah ini 2
langkah prosedur mudah boleh dilakukan di mana ia amat memberi manfaat besar
untuk kesihatan dan kesejahteraan anda.
LANGKAH 1:
Potong bawang putih atau
bawang merah pilihan anda, jika anda tidak suka bau bawang, anda disarankan
gunakan bawang merah kerana baunya kurang sedikit daripada bawang putih.
Lebih bagus jika anda pilih bawang
organik kerana ia mempunyai faedah yang lebih besar
dan lebih sedikit bahan kimia. Potong bawang menjadi kepingan nipis, dan potong
cukup untuk membenamkan kaki semasa anda tidur.
LANGKAH 2:
Semasa hendak tidur, letakkan
hirisan-hirisan bawang tadi di bawah tapak kaki dan tutup dengan stoking (lebih
baik yang sudah usang). Ini akan
membolehkan kekuatan penyembuhan bawang mula berjalan melalui kulit ke pelbagai
organ tubuh dan membersihkannya. Bawang ini juga akan membantu membersihkan
udara di sekitar anda, kerana ini juga merupakan salah satu kekuatan mistik
bawang.
Pada masa wabak, penduduk di
England meletakkan bawang yang dihiris di rumah dan di dalam bilik mereka untuk
mencegah penyakit berjangkit memasuki rumah mereka.
Manfaat yang anda akan dapat
dari bawang adalah;
1-Pemurnian darah anda dari
toksin. Ini dilakukan oleh asid fosforik yang terdapat di dalam bawang. Ia juga
membantu meningkatkan sistem ketahanan badan.
2-Bawang membunuh semua kuman,
bakteria dan patogen lain di kaki dan di kulit anda. Ia juga sangat baik untuk
kulit kaki anda.
3-Membantu
membersihkan udara di sekitar anda dari bahan kimia dan racun lain yang mungkin
menghalang pernafasan. Ini juga
membolehkan anda mengalami peningkatan deria penciuman dan menghilangkan bau
kaki jika anda mengalaminya.
4-90% tubuh manusia terdiri daripada air. Meletakkan bawang yang dihiris di bawah tapak kaki pada waktu malam membantu anda agar badan sentiasa terhidrat. [lifeinsaudiarabia.net]
0 Comments