Subscribe Us

Teluk Sengat Memang Menyengat


Sebuah pekan kecil, tetapi amat mempesona dan indah. Pekan Teluk Sengat terletak di daerah Kota Tinggi, lokasinya lebih kurang 70 km dari bandaraya Johor Bahru dan 40 km dari bandar Kota Tinggi.  

Kedudukannya yang strategik terletak di muara Sungai Johor yang lebar mempunyai pemandangan sangat indah berlatar belakangkan Jambatan Lebuhraya Senai-Desaru yang merentasi Sungai Johor. 



Kampung Johor Lama yang terletak di Teluk Sengat menjadi kebanggaan penduduk  tempatan kerana warisan sejarah peninggalan kota-kota Sultan Mahmud mangkat dijulang yang berundur dari Melaka pada abad yang ke 15 selepas Melaka jatuh ke tangan Portugis. Selain tapak sejarah Johor Lama, Teluk Sengat juga mempunya satu lagi daya tarikan pelancong iaitu Ladang Buaya Teluk Sengat yang sangat terkenal di peringkat antarabangsa. 


Ladang ini berkeluasan 10 ekar, mempunya lebih 1000 ekor buaya daripada spesis buaya air tawar  (Crocodylus Porosus). Buaya yang paling tua berusia 130 tahun yang diwariskan daripada datuknya.

 

Untuk menempatkan keseluruhan buaya ini, pihak ladang menyediakan 8 buah kolam pembiakan, lebih dari 80 kolam simen, sebuah tasik, dan juga beberapa tumbuh-tumbuhan.


Ladang buaya ini adalah yang terbesar di Malaysia, diurus dan jaga dijaga dengan betul dan ia selamat untuk pelawat membawa anak-anak melawat ladang ini.



Jika anda teringin makanan 'seafood' di sinilah tempatnya ( Medan Selera Teluk Sengat ) untuk anda menikmati makanan laut yang segar bersama keluarga atau rakan.

Peminat2 belangkas pula jangan lupa singgah di Warung Simpang Teluk Sengat Pak Ibrahim betul-betul di simpang masuk ke Teluk Sengat.

Aktiviti harian penduduk tempatan ialah sebagai nelayan dan peniaga.  Lihat foto keindahan landskap yang mempesona di Teluk Sengat.

Dapatkan bekalan ikan dan hasil laut segar baru naik dari ladang dengan harga yang amat berpatutan. 

Bagi kaki memancing pula, Teluk Sengat adalah antara tempat paling menarik untuk aktiviti memancing di sepanjang jeti nelayan yang strategik memanjang ke laut, terutamanya pada hujung minggu. 



Post a Comment

0 Comments