Ladang ini berkeluasan 10
ekar, mempunya lebih 1000 ekor buaya daripada spesis buaya air tawar (Crocodylus Porosus). Buaya yang paling tua
berusia 130 tahun yang diwariskan daripada datuknya.
Untuk menempatkan keseluruhan buaya ini, pihak ladang menyediakan 8 buah kolam pembiakan, lebih dari 80 kolam simen, sebuah tasik, dan juga beberapa jenis tumbuh-tumbuhan.
Ladang buaya ini adalah yang terbesar di Malaysia, ia diurus dan dijaga dengan betul dan selamat untuk pelawat membawa anak-anak melawat ladang ini.
Ladang buaya ini dibangunkan pada tahun 1979. Ladang ini pasti merupakan tempat paling menyeronokkan untuk dikunjungi di samping memberi pengalaman dan pengetahuan kepada pengunjung tentang kehidupan spesies buaya. Semasa melawat, anda akan diberi penerangan oleh staf ladang untuk mengetahui lebih banyak mengenai buaya dengan semua fakta menarik dan menyeronokkan mengenainya.
Anda juga berpeluang menyaksikan penjaga buaya memberi makan buaya, anda akan dapat menyaksikan bagaiman rakusnya buaya-buaya ini mendapatkan makanan dengan tindakan begitu pantas dan berbahaya mereka.
Selain itu, anda juga berpeluang dapat mengalami sendiri masa keemasan bersama dengan anak buaya. Anda dibenarkan memegang dan menyentuhnya, malah boleh mendukung atau memeluknya di bawah pengawasan penjaga terlatih. Jangan lupa untuk mengambil gambar bersama anak buaya sebagai kenangan manis. Pelbagai jenis cenderamata ada dijual di kedai ladang buaya.
Dari Bandar Kota Tinggi anda akan melalui jalan ke Desa Rhu. Apabila sampai Felda Air Tawar Satu, lebih kurang 500 meter masuk simpang kanan ke Teluk Sengat
Alamat:
Lots 1289 & 1290, Jalan Sembilan, Kampung Belading, Teluk Sengat, 81940 Kota Tinggi, Johor, Malaysia
Telefon: +607-895 522
Faks: +607-895 5137
0 Comments