Menara Berkembr Bahrain World Trade Center di kota Manama merupakan bangunan pencakar langit 50 tingkat dengan ketinggian 240 meter, direkabentuk seperti dua buah layar pada sebuah kapal. Bangunan tersebut menawarkan pemandangan sangat mempesona di laut Timur Tengah, Manama.
Dua bangunan yang membentuk kompleks tersebut terinspirasi dari bentuk layar kapal yang menggunakan angin untuk berlayar,BWTC yang menggunakan kuasa angin sepenuhnya untuk memenuhi keperluan energi. Dalam bangunan ini terdapat Hotel lima bintang, Mall premium, kafé dan restoran mewah.
Menara ini memiliki 3 kincir angin raksasa yang mengikat kedua menara kembar pada ketinggian berbeza. Masing-masing kincir angin menggantung di tengah jambatan sepanjang 30 meter. Kincir angin tersebut membentang di antara kedua pencakar langit kembar Bahrain World Trade Center di Manama. Ketiga-tiga kincir angin tersebut dapat menghasilkan hampir 11 hingga 15 persen keperluan energi bangunan tersebut.
0 Comments