Subscribe Us

Samsung Galaxy Note 10


Peminat-peminat Samsung Galaxy Note pastinya tidak sabar menanti kehadiran Note 10.  Berdasarkan khabar berita daripada sumber-sumber dipercayai galaxy note 10 akan menemui peminat tegar pada september 2019 dengan spesifikasi yang lebih mewah dan canggih. 

Menurut sumber, Galaxy Note 10 akan menggunakan empat kamera pada bahagian panel belakang, dan turut sokong rangkaian 5G seperti mana Galaxy S10 5G yang diperkenalkan pada MWC 2019 baru-baru ini.


Spesifikasi terdedah juga merangkumi paparan skrin 6.6 inci Super AMOLED yang mempunyai resolusi 1440 x 3040 piksel, nisbah skrin-ke-kerangka sebanyak 90%, kuasa dalaman menggunakan cip pemproses Snapdragon 855 bersama 8GB/12GB RAM dan 128GB/512GB ROM.

Bahagian kamera utama pula dilengkapi empat lensa 12MP + 12MP + 16MP + kamera ToF, menyokong teknologi OIS, PDAF, 2x Optikal zum dan banyak lagi ciri baharu yang bakal diperkenalkan.

Catat Ulasan

0 Ulasan