Lakaran Rasmi Galaxy Note 5 Didedahkan - orangmuo.my

Post Top Ad

Lakaran Rasmi Galaxy Note 5 Didedahkan

Share This

Pelancaran Samsung Galaxy Note 5 dan Galaxy S6 Edge+ akan diadakan di New York didalam masa 10 hari dan semakin kita hampir kepada tarikh pelancaran ini lebih banyak maklumat mengenai kedua-dua peranti ini didedahkan.

@evleaks yang memang terkenal dengan pemberian maklumat mengenai model-model telefon pintar yang belum dilancarkan kini telah memuat turun gambar rasmi kedua-dua telefon pintar baru Samsung ini.

Disebelah kiri ini adalah generasi kelima phablet Samsung Galaxy Note yang dilihat mempunyai reka bentuk yang sangat agresif. Panel sisi skrin paparan yang dimiliki oleh Note 5 ini dilhat sangat nipis.

Di sebelah kanan adalah Samsung Galaxy S6 Edge+ yang merupakan versi S6 Edge yang lebih panjang. Selain daripada itu, tidak banyak perbezaan yang dapat dilihat pada gambar ini.

Galaxy Note 5 dan Galaxy S6 Edge+ dilancarkan lebih awal kerana syarikat Korea ini mahu mencuri pegangan pasaran sebelum pelancaran iPhone 6s dan 6s Plus yang akan diadakan pada bulan September. (mobile88)

No comments:

Post Bottom Ad

Pages