Peminat Pokok Tin @ Pokok Fig, Di Muar Pun Ada... Jom Ke Glory Nursery Encik Steve - orangmuo.my

Post Top Ad

Peminat Pokok Tin @ Pokok Fig, Di Muar Pun Ada... Jom Ke Glory Nursery Encik Steve

Share This
Ramai rakyat Malaysia mula meminati pokok tin yang dikenali dengan nama buah syurga sejak disiarkan dalam majalah 3 beberapa bulan yang lepas. Kebetulan sebelum tv3 menyiarkan tentang pokok tin ini, blog orang muo telah pun memaparkan seorang pengusaha berjaya yang menanam pokok tin secara komersial, iaitu Kebun Buah Tn Hj Ridzuan Sg Buloh.

Hari ini orang muo ingin memperkenalkan sebuah kedai nursery bunga di Muo tetapi turut menjual anak-anak pokok tin yang sihat dan berkualiti.  Bagi anda yang tinggal di Muo atau yang berhampiran boleh lah mendapatkannya di sini, tidak perlu lagi pergi jauh-jauh nak mencari pokok tin :)

 Encik Steve, pemilik Glory Nursery sedang melayan pelanggannya memilih anak pokok tin
Glory Nursery adalah antara beberapa buah kedai yang menjual beraneka jenis pokok bunga di daerah Muo, Bandar Diraja Bandar Maharani. Namun ada sesuatu yang istimewa, yang ingin orang muo war-warkan, khususnya buat peminat-peminat pokok tin kerana di kedai ini ada menjual anak-anak semaian pokok-pokok tin dengan berbagai-bagai jenis dan saiz.  
Glory Nursery terletak di Parit Tok Kadzi Jalan Abdul Rahman, kira-kira 2 km dari bandar Muo. Bagi penduduk tempatan kedai ini bersebelahan dengan jalan masuk ke dewan sukan Apacs, Jln Abd Rahman.
Pokok-pokok tin yang tersedia untuk dipasarkan boleh didapati sama ada yang bersaiz kecil, dan sederhana dan ada juga yang sudah mengeluarkan buah. Anda boleh memilih sama ada yang ditanam dalam polibag atau dalam pasu dengan harga yang berbeza.
RM350 sepasu

Sepokok dengan ketinggian 1 kaki setengah RM200-RM260 mengikut jenis
Harga sepokok adakah diantara RM200-RM260 mengikut jenis, manakala pokok yang bersaiz sederhana yang telah berbuah sepasu berharga RM350.
En Steve juga sedia menyediakan perkhidmtan penghantaran percuma terus ke rumah di sekitar yang berhampiran sekiranya pokok yang anda beli bersaiz besar.

Glory Nursery dibuka pada setiap hari kecuali hari Isnin, mulai jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang.  Jika tiada apa-apa urusan kedai ini juga dibuka pada hari Isnin, Lebih baik anda menghubunginya terlebih dahulu jika anda ingin berkunjung ke kedainya pada hari Isnin.
Anda juga boleh menghubungi En Steve melalui telefon, 016 839 9911 untuk temu janji atau melayari facebok: morning glory nursery.
Seorang pelanggan dengan anak pokok tin pilihannya 
Tanah untuk pokok tin dan baja yang sesuai juga terdapat di kedai ini. Jika anda berminat untuk menanam pokok anggur, anda boleh dapatkannya di sini.
Anak pokok adenium dari Taiwan dan Thailand
Selain pokok tin, kedai ini menyediakan banyak pilihan pokok-pokok bunga kegemaran pelanggan. 
Orang muo syorkan kepada peminat-peminat pokok tin, silalah datang ke kedai Glory Nursery, anda akan dilayan dengan mesra.  Selamat membeli dan selamat menanam.

No comments:

Post Bottom Ad

Pages