DURIAN amat digemari ramai kerana rasanya yang manis dan
lazat. Di sebalik teksturnya yang lembut dan aromanya yang menggoda, si raja
buah ini memiliki banyak manfaat bagi kesihatan. Berikut antara khasiat buah durian:
Meningkatkan Imuniti
Buah
durian kaya akan kandungan vitamin C, menyediakan sekitar 33 % dari
dari keperluan vitamin C harian. Makanan yang kaya dengan vitamin C ini
membantu tubuh mengembangkan ketahanan terhadap agen infeksi dan
radikal bebas berbahaya.
Menyembuhkan Anemia
Meningkatkan Kesihatan Tulang
Meningkatkan Kualiti Tidur
Menjaga Tekanan Darah
Meningkatkan Fungsi Pencernaan
Durian
mengandungi folat yang diperlukan untuk memproduksi sel darah dan meningkatkan
aliran energi baru. Justeru durian dikenal pasti membantu untuk
menyembuh dan mencegah anemia. Durian juga mengandungi logam tembaga dan
besi, penting dalam meningkatkan produksi darah.
Meningkatkan Kesihatan Tulang
Durian
mengandungi kalsium yang baik untuk meningkatkan kepadatan tulang.
Durian juga mengandungi kalium dalam jumlah tinggi. Kalium diperlukan
untuk menjaga kesihatan tulang.
Kalium menyeimbangkan sodium dan
dengan demikian mengurangkan hilangnya kalsium melalui ginjal. Oleh itu durian membantu meningkatkan kesihatan
tulang dan mencegah osteoporosis.
Meningkatkan Kualiti Tidur
Tryptophan
(jenis asam amino esensial) dalam durian membantu menghasilkan serotonin
dan melatonin dalam tubuh. Dua jenis neurotransmiter ini membantu
meningkatkan kesihatan hati, meredakan stres dan sakit kepala.
Menjaga Tekanan Darah
Buah
durian mengandungi kalium dalam jumlah tinggi. Kalium diperlukan untuk
menjaga jumlah natrium dan menyeimbangkan elektrolit. Oleh itu, pengambilan buah durian membantu mempertahankan tekanan darah dan
mengurangkan risiko stroke atau serangan jantung.
Meningkatkan Fungsi Pencernaan
Isi buah durian yang lembutsangat kaya serat terbukti amat baik menjaga
kesihatan pencernaan. Kecukupan serat penting untuk melindungi selaput
lendir usus, mencegah sembelit, serta mengikat bahan kimia penyebab
kanser di usus besar. [suaramerdeka]
10 Comments