Subscribe Us

Kereta Peronda Polis Termewah, Terpantas dan Termahal di Dunia

Kemalangan jalan raya adalah penyebab biasa kematian di UAE; purata seorang terbunuh dalam lalu lintas setiap 26 jam. Kebanyakan kematian adalah disebabkan oleh pemandu memandu laju, memandu sambil menggunakan telefon bimbit dan memandu tanpa tali pinggang keledar. 

Awal tahun lepas, polis Dubai mengeluarkan satu spesifikasi yang digariskan kerajaan menekankan keperluan pasukan peronda dengan beberapa jenis kereta 'supercars' untuk memulihkan keadaan di jalan-jalan raya terutamanya bandar.

Kini, Dubai merupakan satu-satunya bandaraya kaya di dunia memiliki pasukan polis peronda dengan sejumlah kereta yang paling mahal dan terpantas di dunia. Antara jenis kereta  versi super pasukan polis Dubai adalah seerti Lamborghini, Aston Martin, Bentley, Ferrari dan Chevrolet. Model terkini yang turut menyertai pasukan supercar perondaa ialah McLaren MP4- 12C.

Semua kereta ini  boleh memecut melebihi 190 batu sejam. Pesalah trafik sudah pastinya hampir mustahil untuk memandu kenderaan mereka lebih laju daripada kereta peronda mewah ini.

Apa yang melucukan sesetengah orang awm yang begitu kagum dengan sengaja membuat kesalahan trafik semata-mata untuk medapatkan peluang ditahan dan merasai sendiri menaiki kereta terhebat di dunia. Mereka juga tidak melepaskan peluang mengambil gambar bersama.

Lihat video kereta peronda terhebat di bawah...




Catat Ulasan

2 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
wow! terbaik
okelah kalau di dubai emang sudah pantas