Subscribe Us

Beringatlah, Ketawa Berlebihan Penyebab Penyakit Berbahaya Seperti Ini

Satu kajian yang diterbitkan dalam British Medical Journal menyoroti beberapa penemuan bahawa tertawa berlebihan benar-benar terbukti berbahaya bagi kesihatan.

Penelitian yang dilakukan oleh University of Birmingham RE Ferner dan Oxford University JK Aronson ini telah meneliti sejumlah literatur ilmiah.

Seperti disalin dari web Theweek, hidup tanpa tawa mungkin akan membosankan tetapi cubalah untuk menanggapi sesuatu dengan tidak berlebihan. 

Ubat terbaik memang ketawa, tapi ketawa yang keterlaluan juga boleh mengancam hidup anda. Ketawa menurut berbagai penelitian boleh menyebabkan:
1. Sinkop (pengsan)
2. Aritmia dan ruptur jantung (pecahnya otot jantung).
3. Memacu serangan asma
4. Boleh menyebabkan pneumotoraks (bocornya udara di paru-paru)
5. Boleh menyebabkan cataplexy (kelumpuhan tiba-tiba pada masa penderita tidak dapat mengatur emosinya)
6. Hernia
7. Terkehel rahang.


Menurut peneliti, James Hamblin , MD orang-orang yang memiliki aneurisma otak (pelebaran pembuluh darah pada otak) juga tidak disarankan tertawa terlalu keras kerana dinding pembuluh darah akan melemah.

Beitu juga bagi anda yang memiliki penyakit arteri koroner. Ketika anda tertawa terlalu keras, ia boleh menyebabkan risiko pecah pembuluh darahnya. [Theweek/liputan6.com]

Cara ketawa Rasulullah SAW

Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya.

Gelak Ketawa Yang Dilarang Oleh Islam 


Menurut pandangan Islam, bergelak tertawa adalah tidak baik dan makruh hukumnya. Ibn Mas’ud meriwayatkan dari Auf bin Abdullah bahawa biasanya Rasulullah SAW tidak tertawa melainkan senyum simpul dan tidak suka melerek, iaitu tidak menoleh, kecuali dengan semua wajahnya.

Hadis itu menunjukkan bahawa senyum itu sunat dan tertawa berbahak- bahak adalah makruh. Maka itu seseorang yang sihat akal dilarang bergelak tertawa kerana mereka banyak bergelak ketawa di dunia akan banyak menangis di akhirat. Orang yang banyak menangis di dunia mereka akan banyak tertawa di syurga. [Cara ketawa dalam Islam rujuk sini]

Catat Ulasan

3 Ulasan

PetakBunga berkata…
baik ketawa dr nangis
Unknown berkata…
terima kasih info menarik..
dayangredzuan berkata…
nice info. thanks