Subscribe Us

5 Makanan Paling Mahal di Dunia


Apa yang akan anda lakukan jika memiliki harta yang melimpah ruah di dunia ini? Mungkin sebahagian besar akan menjawab ingin membeli rumah, kenderaan mewah, atau keliling dunia.


Selain itu, anda boleh mencuba perkara lain seperti menikmati makanan yang luar biasa rasanya dengan harga yang tidak terjangkau oleh orang kebanyakan.
Berikut lima bahan makanan paling mahal di dunia seperti disalin dari  magforwomen.com:


1. Kaviar [gambar atas]
Kaviar selalu terkenal dengan harganya yang teramat mahal. Namun kaviar almas jauh lebih mahal lagi. Berasal dari Iran, kaviar jenis ini hanya dijual di satu tempat saja iaitu di Caviar House & Prunier di London.


Jika anda menginginkan 0.9 kg kaviar mahal ini yang dihias dengan emas 24 karat, anda harus membayar US$ 25 ribu. [1 pound = 0.45 kg]



2. Truffles
Truffle sebenarnya sejenis cendawan yang pertama kali ditemui di daerah Langhe, Italia Utara. Truffle seberat 2 pound (0.9 kg) rata-rata dijual dengan harga US$ 2 ribu hingga US$ 4 ribu.


Kenapa harganya begitu mahal? Truffle amat terhad didapati kerana proses penanaman yang begitu sukar.



3. Safron
Walaupun kunyit mudah didapati di mana-mana pun, tetapi hanya ada satu kunyit yang memerlukan 75 ribu bunga untuk tumbuh, iaitu safron. Ini menjadi alasan yang jelas mengapa kunyit ini dijual dengan harga US$ 1000 satu pound.




4. Cendawan Matsutake
Selain ikan Fugu, Jepang juga menyajikan bahan makanan mahal lainnya. Mungkin sebagian sudah mengetahui jamur matsutake yang dijual seharga US$ 900 satu pound.


Matsutake sulit untuk didapati menyebabkan harganya sangat mahal. Bukan saja keranana digunakan untuk masakan eksotis, tapi cendawan ini terkenal kerana aromanya yang menyengat.



5. Biji kopi luwak
Ramai yang mengatakan kopi termahal di dunia berasal dari Brazil. Kenyataannya, kopi luwak yang berasal dari Indonesia adalah yang termahal. Kopi ini begitu mahal bukan saja rasanya yang lazat tetapi kerana jumlah pengeluarannya amat terhad, hanya 500 pound setahun. Satu pound biji kopi luwak dijual dengan harga USD $300. 

Catat Ulasan

6 Ulasan

Long Cham berkata…
eeee kopi taik musang weeeek
Mia Liana berkata…
mahalnya cendawan tu...
Chuu Muqhlis berkata…
baik aku mkn lempeng cicah sambal tumis je muroh dan lazat T__T
Unknown berkata…
err, mahalnya~ last2 keluar jadi tahi juga =.='
Mizz Aiza berkata…
ramai yang sanggup membayar dengan harga yang mahal semata-mata demi kepuasan..
Unknown berkata…
Berapapun harganya walau mahal tetap dibeli juga untuk makanan spesial, langka, dan bergengsi ini. Tentu kalangan atas saja yang menikmatinya.