Subscribe Us

Puasa Bagus Untuk Kesihatan Jantung

Puasa mempunyai banyak manfaat untuk tubuh. Satu penelitian terbaru mendapati, berpuasa dapat mengurangkan kolesterol jahat dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
 
Kajian yang dilakukan di American Hospital Dubai, ketua Intervensional Kardiologis Dr Omar Hallak mengatakan, selama berpuasa, pola makan dan kebiasaan makan akan menyebabkan perubahan pada tubuh yang memberi kesan positif untuk kesihatan.
 
Impak paling ketara selama berpuasa menunjukkan perubahan positif dalam kadar kolesterol sehingga jantung lebih sihat pada akhir penelitian. Rata-rata LDL atau kolesterol jahat menurun selama berpuasa sedangkan HDL (kolesterol baik) meningkat. Penurunan LDL ini seiring dengan penurunan penyakit jantung.

Penelitian ini dilakukan dengan mengukur Body Mass Index (BMI), tekanan darah, dan profil lipid dua minggu sebelum awal Ramadan. Pengukuran kemudian diulang pada minggu keempat Ramadan diikuti pengukuran ketiga pada tiga minggu selesai puasa. [Pakistantoday]

Post a Comment

6 Comments

baguslah mereka duk kaji :)
Unknown said…
Ermm...bagus kalau mcm ni. Sebabnya wan dh ada mslh kolestrol. Thanks ya.
Unknown said…
yer sangat bagus!!

selamat berpuasa org muo..
Abang Menaip said…
Entry ni saya suka. mmg puasa dpat mnyihatkan seluruh anggota tubuh.
gnesop said…
terbukti puasa sgt baik utk kita :)
Unknown said…
'Manfaat ikutan' ibadah puasa bulan Ramadhan begitu banyak dan luas sekali. Jantung sebuah organ yang amat vital. Dia akan sehat dengan berpuasa. 'Luar biasa'!