Subscribe Us

Tidur Berdengkur Berisiko Stroke dan Serangan Jantung

Sering mendengkur atau ngorok semasa tidur sebenarnya boleh meningkatkan risiko serangan jantung dan stroke lebih besar daripada mereka yang kelebihan berat badan, merokok atau memiliki kolesterol tinggi.

Walaupun mendengkur kerap terjadi pada orang yang terlebih berat badan, namun sekitar 40 peratus lelaki dan 24 peratus wanita adalah pendengkur @ tukang ngorok. Akhir-akhir ini para pengkaji sangat peduli dengan hubungan antara mendengkur dan penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan stroke. Namun para pengkaji memberi peringatan implikasi kesihatan boleh jauh lebih buruk daripada yang dijangkakan sebelumnya.

Mereka yang mendengkur lebih cenderung memiliki penebalan atau kelainan pada arteri karotis yang memasok otak dengan darah beroksigen. Keadaan ini merupakan langkah awal untuk pengerasan arteri, yang kemudian mengarah ke arah serangan jantung dan pendarahan otak.

"Sleep apnoea" atau apnea [
keadaan terhentinya pernafasan beberapa ketika tidur] menyebabkan pernafasan terganggu dan berpotensi mengancam hidup kerana disebabkan stroke, serangan jantung dan tekanan darah tinggi.

Para peneliti menemukan arteri karotis lebih tebal pada pendengkur dibandingkan mereka yang tidak. Bahkan, penemuan mereka sebanding dengan apa yang dilihat pada pasien yang merokok atau yang menderita diabetes atau hipertensi.

Catat Ulasan

2 Ulasan

3no gr33ny berkata…
bahayanya
ummu berkata…
Tidur berdengkur jgn diambil ringan,kan...