Ada banyak cara yang dapat dilakukan untuk meningkatkan ghairah.
Namun, cara yang paling mudah adalah dengan mengambil beberapa jenis makanan
sihat yang mampu merangsang keintiman anda. Menurut Eve Marx, penulis buku The Goddess Orgasm dan 101 Things You Didn’t Know About Sex, ada beberapa makanan lazat yang sememangnya membantu meningkatkan nafsu berahi anda.
1. Telur Ikan
Telur ikan, khususnya dari ikan sturgeon adalah afrosidiak
(perangsang) alami. Telur ikan mengandungi vitamin A,D,B1,B2,dan B6 serta
fosfor. Vitamin dan mineral fosfor adalah perangsang untuk sistem
peredaran darah yang akan membantu anda agar lebih mudah terangsang. Peredaran darah yang lancar juga akan membantu anda mencapai orgasme dengan
cepat.
2. Tiram
Sejak sekian lama, tiram dikenali mampu meningkatkan berahi seseorang. Tiram merupakan sumber protein yang baik sehingga mampu meningkatkan dorongan alami untuk menghasilkan energi. Energi yang maksimum juga diperlukan ketika anda bersama. Selain itu, tiram juga diketahui mengandungi mineral zink yang tinggi. Zink terbukti membantu meningkatkan ghairah seks seseorang.
3. Seladeri
Seladeri dijuluki sebagai viagra dari
sayuran. Seladeri mengandungi banyak vitamin seperti A,C,B, dan banyak mineral seperti kalium. Selain itu, seladeri juga mengandungi unsur androstenone yang membantu pelepasan feromon. Pelepasan feromon ini akan membuat anda lebih mudah terangsang dan berghairah.
4. Almond dan Vanila
Kacang almond dan vanila juga berfungsi sebagai perangsang semulajadi. Almond dan vanila bertindak sebagai feromon pada sistem penciuman. Kedua-dua makanan ini, khususnya vanila biasanya dicampurkan dalam makanan atau minuman, sedangkan almond, manfaatnya akan terasa ketika dinikmati tanpa campuran. Selain sebagai afrosidiak [perangsang], kacang ini juga membantu program penurunan diet anda.
3 Comments