Bentuk
kuku normal biasanya memang agak melengkung dengan posisi hujungnya
mengarah ke bawah. Jika kuku anda tampak tumbuhnya
berlawanan atau berbentuk cekung seperti sudu, ada kemungkinan anda berkemungkinan terkena gejala
kurang zat besi atau anemia.
Kuku yang rapuh dan
berbentuk tidak normal juga menjadi tanda adanya gangguan kesihatan
yang lebih serius, seperti kanser paru-paru dan penyakit jantung.
6. Ada benjolan di bahgian jari jemari
Jika ada benjolan pada bahagian dekat dengan kuku di jari,
itu menjadi tanda awal osteoarthritis. Benjolan tersebut mungkin
muncul akibat hilangnya ruang sendi hingga mengakibatkan sendi
membengkak seolah-olah seperti membentuk tulang baru. Biasanya, wanita lebih mudah mengalami gangguan geseran sendi ini.
7. Kulit tangan kering
Keadaan
kulit tangan yang kering acapkali memberikan petunjuk awal adanya gangguan
tiroid yang menyebabkan hilangnya kelembaban kulit. Kulit kering menjadikan sebagai penanda adanya alergi atau gangguan sensitiviti kulit
akibat pemakaian produk kosmetik yang tidak sesuai. [times of india]
3 Comments