Tiada jambatan, tiada kemudahan jalan raya, tiada kenderaan. Sekumpulam kanak-kanak sekolah yang tinggal di sebuah kampung terpencil di Wilayah Rizal, Filipina menggunakan tiub atau pelampung getah menyeberangi sungai untuk pergi ke sekolah.
Mereka harus menempuh bahaya terapung di atas pelampung getah tidak kurang 30 minit untuk sampai ke destinasi yang mengancam keselamatan dan nyawa kanak-kanak ini. Kemudian mereka meneruskan perjalanan hanya berjalan kaki yang jaraknya agak jauh untuk sampai ke sekolah.
Jika hari hujan dan paras air sungai naik, mereka tidak dapat ke sekolah atau pulang ke rumah.
Cabaran getir anak-anak sekolah di kawasan pedalaman seumpama di atas juga masih sama dialami oleh kanak-kanak di pedalaman Sabah dan Sarawak.
6 Comments