Tiada jambatan, tiada kemudahan jalan raya, tiada kenderaan. Sekumpulam kanak-kanak sekolah yang tinggal di sebuah kampung terpencil di Wilayah Rizal, Filipina menggunakan tiub atau pelampung getah menyeberangi sungai untuk pergi ke sekolah.
Mereka harus menempuh bahaya terapung di atas pelampung getah tidak kurang 30 minit untuk sampai ke destinasi yang mengancam keselamatan dan nyawa kanak-kanak ini. Kemudian mereka meneruskan perjalanan hanya berjalan kaki yang jaraknya agak jauh untuk sampai ke sekolah.
Jika hari hujan dan paras air sungai naik, mereka tidak dapat ke sekolah atau pulang ke rumah.
Cabaran getir anak-anak sekolah di kawasan pedalaman seumpama di atas juga masih sama dialami oleh kanak-kanak di pedalaman Sabah dan Sarawak.
6 comments:
Ya Allah bagusnya semangat nak belajar yang ada pada mereka. Jihad ni!
bandingkan dgn pelajar kat tempat kita...dihantar dgn kereta...pun ponteng lagi...
Saya tabik Dan kagum dengan semangat anak 2 Sarawak yang kental dalam mencari ilmu
Bersyukur kerana Malaysia belum sampai ke tahap ini ya...
semangat nya mereka ,. adik saya yang kolah 5 min sampai pon tak mau p . huh !
Salam kenalan! Very nice blog here. Suka3x!=) Jom join.. http://www.aimisyahirah.com/2012/10/tempoh-hampir-tamat-cepat-join-segmen.html
Post a Comment