Subscribe Us

Babi Pun Ada Perasaan Belas: Menyelamatkan Kambing Daripada Lemas

Video pendek di bawah amat memberi kesan dan pengajaran kepada kita agar sedar dan bermuhasabah diri betapa nilai diri kita berada pada tahap mana. Paparan video ini menunjukkan betapa mulianya sikap seekor anak babi yang sudi memberi bantuan kepada seekor anak kambing yang tersangkut kakinya pada celah batu di dalam sebuah kolam di sebuah zoo haiwan peliharaan.  
Ketika anak kambing mengembek-ngembek sekuat hati meminta tolong manyabung nyawa daripada lemas kerana kakinya tersangkut, tiba-tiba seekor anak babi comel berenang dengan pantas menuju ke arahnya lalu menyondol dan menolak  badan anak kambing tersebut.   Memang tidak dinafikan babi mempunyai daya atau kekuatan untuk menyondol. 

Dengan bersahaja anak babi melakukan tugas sebagai wira dan akhirnya anak kambing berjaya berenang naik ke permukaan.

Peristiwa ini telah dirakam oleh seorang pengunjung yang tidak dikenali.  Nama dan tempat zoo tersebut juga tidak dinyatakan, hanya yang pasti zoo tersebut terletak di Amerika Syarikat.  Saksikan video yang mengharukan ini...[dailymail]

Catat Ulasan

9 Ulasan

din pahang berkata…
haiwan yg dikeji pn tahu buat kebajikan..inikan plk manusia...malangya manusia ada yg lebh kejam dpd binatang
Info yang sangat menginspirasi...
Tanpa Nama berkata…
cuma nak betulkan sedikit... Allah s.w.t tidak jadikan apa2 haiwan untuk dikeji, samada ianyai itu babi atau pun anjing, cuma mereka itu tidak boleh dimakan atau disentuh sebab mereka itu najis, dan tidak berdosa kita sekiranya tersentuh, memadai kita bersuci dengan menyamak mana2 bahagian yang terkena mereka itu ajer... hakikatnya babi dan anjing itu adalah sama macam binatang yang diciptakan Allah dimuka bumi ini.... OK Bro....Insya-Allah...
♥ ieRa ♥ berkata…
haiwan pun ade belas kasihan..inikan lagi manusia
Tanpa Nama berkata…
pelik jugak camne babi yg msh kecik ni blh faham n ade perasaan tengok ank kambing terjerit2 mintak bantuan...mmg luar biasa... subhanaallah
Tanpa Nama berkata…
Setuju dgn Anonymous September 22, 2012 10:00 PM -

Tiada binatang yg keji - mereka tiada setitik dosa pun. Hanya haram pada "hukum syarak" jer.

Kalaulah semua manusia faham bahawa maksud penciptaan adalah utk berkasih sayang sesama manusia (dan menyembah Allah swt) dah lama dunia ni aman.

Moga Allah beri hidayag & petunjuk kpd kita semua.

MerakLangit
Tanpa Nama berkata…
korang kate babi natang jijik??korang tau tak,babi adalah natang yg dimuliakan oleh allah.Bukan kate nak makan,nak sentuh babi pon allah tak bagi..kalo nak tau nape,g muo,kt muo bnyk skolah agama..gi baja lg..kekekke
zulkbo berkata…
Salam..
ermm..syabas anak khinzir tu
ada perasaan simpati walau
dia khinzir kan :)

manusia hari ini ada yang berperangai bukan kata mengalahkan binatang sahaja..nak kata makhluk apa lagi dah ?..bayi campak je lepas bersalin dari tingkat-4 rumah flat :(
puspawangi berkata…
Betul jugak tu Anon sept 23, 2012 1:11PM...kalau lihat video tu, ada jugak lojiknya kata2 awak tu..