Manusia yang tergolong dalam kalangan orang yang mempunyai otak genius [berIQ tinggi] memiliki tanda-tanda khusus. Anak-anak berbakat mempunyai daya ingatan yang sangat luar biasa, antaranya dapat membaca sejak usia awal kanak-kanak, tidak memiliki toleransi dengan
kanak-kanak lain, dan mengikuti perkembangan peristiwa dunia.
Seorang anak yang
berbakat juga selalu bertanya ingin mengetahui segala sesuatu. Dengan
kata lain mereka mempunyai rasa ingin tahu yang sangat besar.
Berikut senarai 12 orang paling genius di dunia menurut Mensa [sebuah lembaga yang menghimpun anak-anak dan orang ber-IQ tinggi dan menjadi perkumpulan ''orang genius'' tertua di dunia]
1. Heidi Hankis [gambar atas]
Kanak-kanak berumur 4 tahun ini berasal dari
Hampshire, memiliki IQ 159 (satu angka di bawah
Einstein dan Stephen Hawking). Sebelumnya, 2009 lalu, seorang kanak-kanak bernama
Oscar Wrigley dari Reading, Berkshire tercatat sebagai anak genius di
Mensa dengan IQ 160.
2. Cleopatra Stratan
Anak Genius ini dilahirkan pada 6 Okt 2002 di Chisinau. Dia mencatat sejarah dalam industri muzik sebagai penyanyi cilik. Albumnya pada tahun 2006 La Varsta de Trei Ani diterbitkan ketika Stratan baru berumur 3 tahun. Penggemarnya memcecah ribuan dan menerima penghargaan MTV Award dalam kategori artis termuda.
Anak Genius ini dilahirkan pada 6 Okt 2002 di Chisinau. Dia mencatat sejarah dalam industri muzik sebagai penyanyi cilik. Albumnya pada tahun 2006 La Varsta de Trei Ani diterbitkan ketika Stratan baru berumur 3 tahun. Penggemarnya memcecah ribuan dan menerima penghargaan MTV Award dalam kategori artis termuda.
3. Akrit Jaswal
Anak berasal dari India ini digelar "anak
terpandai di dunia". Ketika berumur 7 tahun, Akrit telah berjaya melakukan
pembedahan keatas seorang gadis tempatan yang menderita luka terbakar di
tangannya. Akrit memasuki fakulti kedoktoran ketika baru berumur 11 tahun.
4. Aelita Andre
Berumur 2 tahun kelahiran Australia.
Karya lukisannya abstrak dan memiliki gedung pertunjukan galeri untuk
karya-karyanya. Pengarah Brunswick Street Gallery di Melbourne's
Fitzroy mulanya tertarik dengan karya-karya lukisan abstrak Aelita.
Ketika mengundang Aelita, beliau amat terkejut dan baru menyedari bahaawa yang
diundang adalah kanak-kanak berumur 22 bulan.
5. Fabiano Luigi Caruana
Warga AS-Italia ini meraih gelar Grandmaster catur pada usia 14 tahun (2007). Kini elo ratingnya 2649.
6. Elania Smith
Penyiar radio berumur 7 tahun ini
mempunyai peminat sangat ramai. Dalam siarannya, Elania banyak memberikan
solusi tentang percintaan, cara memutuskan percintaan, bahkan cara
membina hubungan harmonis.
7. Aurelien Hayman
Dikenali sebagai manusia komputer zaman
ini. Remaja berumur 20 tahun ini boleh mengingat berbagai peristiwa
yang terjadi selama seminggu dengan lengkap. Hayman mempunyai kemampuan
hyperthymesia, atau memori autobiografi yang sangat unggul luar biasa.
Normalnya, orang hanya mampu mengingat tidak lebih 11 peristiwa dari
setiap tahun kehidupannya.
8. Gregory Smith
Peraih Nobel Perdamaian berusia 12 tahun berkat upayanya mendirikan International Youth Advocates. Smith dilahirkan pada 1990 di AS.
9. Michael Kevin Kean
Kean lahir pada 1984 dan lulus kuliah ketika berumur 10 tahun. Kean mulai menjadi pensyarah ketika berusia 17 tahun.
10. Willie Mosconi
Mosconi berumur 6 tahun ketika
mulai berkiprah menjadi pamain biliard profesional. Mosconi berasal
dari Philadelphia, Pennsylvania ini dijoloki sebagai Tuan Pocket Billiards.
11. Kim Ung-Yong
Lelaki kelahiran Korea pada 1962 ini
tercatat sebagai manusia paling genius di dunia. Ketika berumur 4
tahun Kim Ung-Yong mampu membaca huruf kanji Jepun, Korea, Jerman, dan Inggris dengan sangat lancar. Ketika berusia 5 tahun, beliau
mampu memecahkan soal-soal matematik kalkulus. Kim Ung-Yong tercatat
dalam Guinness Book of World Records dengan IQ tertinggi 210.
12. Saul Aaron Kripke
Kripke lahir di New York 1940. Manusia istimewa ini dikenali sebagai pensyarah di pusat pengajian tinggi dunia, Universiti Harvard walaupun pada masa itu masih duduk di bangku sekolah menengah. Ketika masih di sekolah rendah kelas 4, Kripke sudah menguasai matematik geometri, kalkulus, dan penggemar berat falsafah. Kripke meraih hadiah Schock Prize, novel falsafah. [sumber liputan6.com/pelbagai sumber]
Kripke lahir di New York 1940. Manusia istimewa ini dikenali sebagai pensyarah di pusat pengajian tinggi dunia, Universiti Harvard walaupun pada masa itu masih duduk di bangku sekolah menengah. Ketika masih di sekolah rendah kelas 4, Kripke sudah menguasai matematik geometri, kalkulus, dan penggemar berat falsafah. Kripke meraih hadiah Schock Prize, novel falsafah. [sumber liputan6.com/pelbagai sumber]
Ramai anak-anak Melayu yang tahfiz al Quran. Mereka juga layak dikategorikan sebagai genius. Mereka bukan saja menghafal keseluruhan isi ayat Quran malah ada yang mampu menguasai memahami maksud atau terjemahan bahasa al-Quran. [sekadar pendapat saja...]
5 Comments
kelebihan yang Allah berikan kepada tiap2 manusia berbeza kan..semoga kita sentiasa bersyukur dengan apa yang diberikan.
Ye betul...saya suka tengok anak2 kecil lagi sudah dapat menghafaz Al-Quran dan semoga mereka memahami dan mengamalkannya.