Manusia yang tergolong dalam kalangan orang yang mempunyai otak genius [berIQ tinggi] memiliki tanda-tanda khusus.  Anak-anak berbakat mempunyai daya ingatan yang sangat luar biasa, antaranya dapat membaca sejak usia awal kanak-kanak, tidak memiliki toleransi dengan 
kanak-kanak lain, dan mengikuti perkembangan peristiwa dunia.
Seorang anak yang
 berbakat juga selalu bertanya ingin mengetahui segala sesuatu. Dengan 
kata lain mereka mempunyai rasa ingin tahu yang sangat besar. 
Berikut  senarai 12 orang paling genius di dunia menurut Mensa [sebuah lembaga yang menghimpun anak-anak dan orang ber-IQ tinggi dan menjadi perkumpulan ''orang genius'' tertua di dunia]
1. Heidi Hankis [gambar atas]
Kanak-kanak berumur 4 tahun ini berasal dari 
Hampshire, memiliki IQ 159 (satu angka di  bawah 
Einstein dan Stephen Hawking). Sebelumnya, 2009  lalu, seorang kanak-kanak bernama
 Oscar Wrigley dari Reading, Berkshire tercatat sebagai anak genius di 
Mensa dengan IQ 160.
2. Cleopatra Stratan 
Anak Genius ini dilahirkan pada 6 Okt 2002 di Chisinau. Dia mencatat sejarah dalam industri muzik sebagai penyanyi cilik. Albumnya pada tahun 2006 La Varsta de Trei Ani diterbitkan ketika Stratan baru berumur 3 tahun. Penggemarnya memcecah ribuan dan menerima penghargaan MTV Award dalam kategori artis termuda.
Anak Genius ini dilahirkan pada 6 Okt 2002 di Chisinau. Dia mencatat sejarah dalam industri muzik sebagai penyanyi cilik. Albumnya pada tahun 2006 La Varsta de Trei Ani diterbitkan ketika Stratan baru berumur 3 tahun. Penggemarnya memcecah ribuan dan menerima penghargaan MTV Award dalam kategori artis termuda.
3. Akrit Jaswal
Anak berasal dari India ini digelar "anak 
terpandai di dunia". Ketika berumur 7 tahun, Akrit telah berjaya melakukan 
pembedahan keatas seorang gadis tempatan yang menderita luka terbakar di 
tangannya. Akrit memasuki fakulti kedoktoran ketika baru berumur 11 tahun.
4. Aelita Andre
Berumur 2 tahun kelahiran Australia. 
Karya lukisannya abstrak dan memiliki  gedung pertunjukan galeri untuk 
karya-karyanya. Pengarah Brunswick Street  Gallery di Melbourne's 
Fitzroy mulanya tertarik dengan karya-karya lukisan  abstrak Aelita. 
Ketika mengundang Aelita, beliau amat terkejut dan baru menyedari bahaawa yang 
diundang adalah kanak-kanak berumur 22 bulan.
5. Fabiano Luigi Caruana
Warga AS-Italia ini meraih gelar Grandmaster catur pada usia 14 tahun (2007). Kini elo ratingnya 2649.   
6. Elania Smith
Penyiar radio berumur 7 tahun ini 
mempunyai peminat sangat ramai. Dalam siarannya,  Elania banyak memberikan 
solusi tentang percintaan, cara memutuskan percintaan, bahkan cara 
membina hubungan harmonis.  
7. Aurelien Hayman
Dikenali sebagai manusia komputer zaman 
ini. Remaja berumur 20 tahun ini boleh  mengingat berbagai peristiwa 
yang terjadi selama seminggu dengan lengkap.  Hayman mempunyai kemampuan 
hyperthymesia, atau memori autobiografi yang  sangat unggul luar biasa. 
Normalnya, orang hanya mampu mengingat tidak  lebih 11 peristiwa dari 
setiap tahun kehidupannya. 
8. Gregory Smith
Peraih Nobel Perdamaian berusia 12 tahun berkat upayanya mendirikan  International Youth Advocates. Smith dilahirkan pada 1990 di AS.
9. Michael Kevin Kean
Kean lahir pada 1984 dan lulus kuliah ketika berumur 10 tahun. Kean mulai menjadi pensyarah ketika berusia 17 tahun.
10. Willie Mosconi 
Mosconi berumur 6 tahun ketika 
mulai berkiprah menjadi pamain biliard profesional. Mosconi berasal 
dari Philadelphia, Pennsylvania ini dijoloki sebagai Tuan Pocket Billiards.
11. Kim Ung-Yong
Lelaki kelahiran Korea pada 1962 ini 
tercatat sebagai manusia paling genius di dunia. Ketika berumur 4 
tahun Kim Ung-Yong mampu membaca huruf kanji Jepun, Korea, Jerman, dan Inggris dengan sangat lancar. Ketika berusia 5 tahun, beliau 
mampu memecahkan soal-soal matematik  kalkulus. Kim Ung-Yong tercatat 
dalam Guinness Book of World Records dengan IQ tertinggi  210.
12. Saul Aaron Kripke
Kripke lahir di New York 1940. Manusia istimewa ini dikenali sebagai pensyarah di pusat pengajian tinggi dunia, Universiti Harvard walaupun pada masa itu masih duduk di bangku sekolah menengah. Ketika masih di sekolah rendah kelas 4, Kripke sudah menguasai matematik geometri, kalkulus, dan penggemar berat falsafah. Kripke meraih hadiah Schock Prize, novel falsafah. [sumber liputan6.com/pelbagai sumber]
Kripke lahir di New York 1940. Manusia istimewa ini dikenali sebagai pensyarah di pusat pengajian tinggi dunia, Universiti Harvard walaupun pada masa itu masih duduk di bangku sekolah menengah. Ketika masih di sekolah rendah kelas 4, Kripke sudah menguasai matematik geometri, kalkulus, dan penggemar berat falsafah. Kripke meraih hadiah Schock Prize, novel falsafah. [sumber liputan6.com/pelbagai sumber]
Ramai anak-anak Melayu yang tahfiz al Quran. Mereka juga layak dikategorikan sebagai genius.  Mereka bukan saja menghafal keseluruhan isi ayat Quran malah ada yang mampu menguasai memahami maksud atau terjemahan bahasa al-Quran. [sekadar pendapat saja...]












5 Ulasan
kelebihan yang Allah berikan kepada tiap2 manusia berbeza kan..semoga kita sentiasa bersyukur dengan apa yang diberikan.
Ye betul...saya suka tengok anak2 kecil lagi sudah dapat menghafaz Al-Quran dan semoga mereka memahami dan mengamalkannya.