Subscribe Us

Hubungan Intim Suami Isteri Yang Rutin Mempercantik Wajah & Melawan Penuaan

"Rutin melakukan hubungan intim sihat suami isteri membantu anda melawan penuaan," itu pendapat Dr. Amy Wechsler, Dermatologist asal New York, AS.


Pendapat ini dikuatkan oleh sebuah studi di Scotland menemui bahawa rutin melakukan hubungan intim tiga kali seminggu selama empat tahun  dapat meningkatkan kekebalan dan mengurangkan penyakit jantung.  Dr. Wechsler menambahkan bonus cantik buat orang yang rutin melakukannya yang sihat. Menurut Dr. Wechsler berikut manfaat yang dapat anda peroleh dari hubungan intim secara rutin dengan suami anda;


1. Melawan kedutan
Hormon stres dan hormon antistressentiasa naik turun dalam tubuh anda. Seks (khususnya orgasme) meningkatkan hormon endorfin dan hormon pertumbuhan tubuh. Akibatnya, tubuh memperbaiki sel yang rosak oleh matahari dan juga merokok. Selain itu juga menurunkan hormon kortisol yang melambung kerana stres. Bahaya dari kortisol adalah dapat menghancurkan kolagen, rosaknya kolagenlah yang menyebabkan kedutan pada waja muncul. 


2. Melembutkan kulit
Setelah melakukannya, tubuh melepaskan minyak semulajadi, seperti asid linoleat. Ini adalah sejenis pelembab yang juga ditemui pada safflower dan minyak zaitun. Minyak tersebut tidak hanya melindungi sel kulit dengan melapisinya, tetapi juga menghidrasi kulit. Ini sebabnya wajah anda berseri-seri selama beberapa hari setelah berhubungan.


3. Kulit lebih cerah
Tidur adalah ubat kosmetik terbaik, sebab ketika tidur sel-sel yang memperbaharui kulit bekerja. Istimewanya hubungan ini adalah ia merupakan ubat tidur yang ampuh. Setelah mengalami orgasme, anda akan tertidur lebih cepat dan bangun lebih segar. Khasiat lainnya, lingkaran hitam di bawah mata dan bengkak pun berkurangan. Jangan lupa menambahkan rutin seks sebelum tidur.


4. Menegangkan wajah
Tanpa orgasme sekalipun, seks meningkatkan sirkulasi darah pada kulit. Bahkan berciuman merangsang sangat sedikit 30 otot wajah bekerja, membakar sampai 12 kalori per-minit (lebih dari yang anda bakar dalam satu minit berjalan).[kompas.com]

Post a Comment

7 Comments

Aimacomel said…
kena kawin cepat2 la ni nampaknye =) hehe,
Anonymous said…
terbaik...blh dicuba ni :)
org jb said…
setuju..petua/kaedah yg seronok diamalkan haha ..tq info bro
Unknown said…
Ramai pasangan ambil mudah benda ni, malah tak peduli pun. Terima kasih info yg baik ni..
Anonymous said…
Memang dah terbukti keberkesanan nya.
3no gr33ny said…
andai sebegini..kenalah cepat kahwin ek..huhu
odahonebizz said…
ini agknya salah satu hikmah berkahwin...patutlah ada org yg lepas kahwin makin berseri2