Subscribe Us

Cupcake Termahal di Dunia Berbalut Emas Boleh Dimakan

'The Golden Phoenix'.. mendengar namanya saja sudah menggambarkan bahawa cupcake ini bukan sebarangan makanan. Bak kata orang, 'harga memang tidak boleh berbohong' itu dibuktikan pada cupcake termahal yang dijual di Dubai's Bloomsbury's Cupcakes store Uni Emirat Arab.

Kek cawan yang dibuat daripada coklat terbaik dan dilapisi emas yang boleh dimakan ini berharga £645 Poundsterling [ RM3500] untuk setiap set.

Pencuci mulut yang termahal di dunia ini menawarkan keseluruhan 23 karat emas yang boleh dimakan diperbuat daripada bahan yang amat berkualiti antaranya, tepung dan mentega organik dari United Kingdom, mentega organik Rachel,  coklat Premium  Amedei  Porcelena  koko dari Itali, dan kacang vanila berkualiti tinggi dari Uganda.
Chef Shafeena Yusuff Ali, pengasas Cupcakes Bloomsbury, yang juga pembuat cupkacake ini, menghabiskan masa seminggu untuk menyiapkannya supaya cupcake yang dibuatnya agar tampak indah dan sebagus rasanya. Lihat video making of the golden phoenix, world's most expensive cupcake. (Dailymail)

Catat Ulasan

4 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
mak aiiii hargenye... x dpt makan pun x pelah lbh baik duit tu aku beli benda lain he he
Unknown berkata…
mahalnya.. ade ko org sanggup nak beli... kalau sy mmg tak beli lah.. hanya mampu tengok je...

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/07/lulus-dan-8-jam.html
Kak Mahh berkata…
sayang pula nak makan
Bitt (doubleIS) berkata…
perghh tu baru cupcake...belum lagi tang lain...kaya sungguh customer mereka :)