Subscribe Us

8 Jenis Kacang Dan Khasiatnya Yang Berbeza

Walaupun berasal dari keluarga yang sama, kacang memiliki khasiat yang berbeza-beza. Berikut ini adalah lapan jenis kacang dan khasiatnya untuh tubuh. 

Walnut
Kacang walnut merupakan kacang yang kaya dengan kandungan antioksidan dan omega 3 yang tinggi. Pengambilan walnut secara rutin dapat mengurangkan rasa sakit akibat mentruasi. Kacang ini juga baik dimakan ketika radang melanda. 

Almond
Mau langsing? Makan kacang ini. Almond adalah salah satu jenis kacang kaya serat dan vitamin E. Selain mengawal berat badan, kacang ini juga dapat menurunkan gula darah dan meningkatkan bakteria baik dalam perut.


Cashew
Cashew atau kacang mete memiliki kandungan zat besi, zink, dan magnesium yang baik untuk mencegah anemia dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Untuk penderita Alzheimer juga digalakkan untuk pengambilan kacang ini secara rutin  kerana ia dapat memperkuat kemampuan memori dan penglihatan. 


Pecan
Untuk anda yang mencari makanan sihat khusus untuk jantung, pecan menjadi pilihan tepat. Ia kaya antioksidan yang mampu mencegah plak pada pembuluh arteri. 


Kacang Brazil
Satu butir kacang ini dapat memberikan lebih dari 100 persen selenium yang berfungsi membantu meningkatkan kesihatan kekebalan tubuh. 


Macadamia
Kacang ini amat sesuai bagi penderita kolesterol kerana kaya dengan lemak tak tepu tunggal. 


Pistachio
Kacang berkulit keras ini adalah sahabat untuk anda yang sedang menjalankan program diet. Di dalam kacang pistachio terkandung total 4 kalori setiap butir. Pistachio juga mengandungi kalium dan vitamin B6. 


Hazelnut
Untuk anda yang suka menjaga kecantikan kulit, anda boleh mendapatkan vitamin E dalam kacang ini. Kacang ini juga mengandungi lemak tak tepu tunggal yang baik untuk jantung. [sumber:suaramerdeka]

Catat Ulasan

9 Ulasan

Dkna Abza berkata…
kacang mampu buat muka berjerawat heheee
As salam Orang Muo. Mohon buat pautan blog:

suasanapolitikmalaysia.blogspot.com

Terima kasih.
Afasz berkata…
salam singgah n follow sini

kacang buat muka sy berminyak .
Apai berkata…
kurengs la kacang macang ni..
uncle berkata…
uncle suka sangat-sangat kacang...dalam banyak kacang ... macadamia dan pistachio paling uncle hantu sekali hahahha
FREE_MOVIE berkata…
makan kacang apalagi sambil nonton tv wah lengkap banget rasanya,,nice post
Unknown berkata…
salam orang muo,macam mana nak dapatkan kacang brazil dekat malaysia.
Unknown berkata…
Salam org muo.di mana bole beli kacang pecan??
Unknown berkata…
Saya di johor bahru.